https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips
Showing posts with label Update terkini. Show all posts
Showing posts with label Update terkini. Show all posts

Saturday, 24 September 2016

Petua #1 : Cara Jadikan Daging Cepat Empuk

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
1) Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging,jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.

3) Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

4) Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

5) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

6) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

7) Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu.Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit,lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

8) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

9) Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

Wednesday, 14 September 2016

Kenali apa itu charlie

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

CHARLIE
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie

Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.

Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Kesan2 gigitan charlie / Sumber pic google
Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Sumber : Facebook Amira Salwana

Saturday, 27 August 2016

Mengapa lubang hidung ada dua?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.

Apakah fungsinya sama?

Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri,sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan,sehingga CEPAT sekali marah.Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun,lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat,Anda akan merasa sangat lelah.Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas,Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak,tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam,saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh. 

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Inshaa ALLAH.....

Sumber: Ustaz
Ahmad Nasir

Friday, 26 August 2016

Pemakaian sandal idaman wanita di abad ini.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

modern sungguh zaman kini,
                                  pembangunan dibina sungguh pesat,
nak tau awat tajuknya begini,
                       mai baca artikel ceq ni sat...

Assalammualaikum.. harini saya nak berkongi bersama anda semua mengenai SANDAL IDAMAN WANITA.. apabila kita mengatakan mengenai sandal, semua diantara kita telah tahu dan telah mengerti apakah itu sandal kan?... malah ada diantara kanak-kanak mahupun bayi masa kini telah disarungkan dengan sandal ini... ini telah membuktikan bahawa sejak kecil lagi, sandal telah menjadi sebutan dan pilihan ramai rakyat di negara kita dan serata dunia... Namun begitu didalam artikel yang ringkas tapi padat ini, saya akan berkongsi bersama anda semua sejenis sandals yang menjadi pilihan dan mengikut 'trending' para kaum hawa pada masa kini. dalam erti kata lainya,'sandal idaman wanita di abad ini'...Sebelum saya terus membongkar apakah sandal yg bakal menjadi idaman para wanita abad ini, aspek paling penting dalam pemilihan sesuatu perkara ataupun benda bagi wanita ialah keselesaan dan keselamatan pada diri kita sendiri.. izinkan saya memberi satu perbandingan...Antara sandals dengan high heels mana lebih baik? pada pendapat saya sebagai para wanita, saya lebih gemar mencari dan menyarungkan sandals berbanding high heels.  sebabnya high heels ini boley menyakitkan kaki comel kita ni.. dan juga High heels ni bukan calang-calang orang boleh pakai haa kalau tersilap langkah mau terpelecek kaki tu tambah-tambah bagi yang baru ingin mencuba memakai high heels.Better anda memilih sandals kerana mudah pergerakan kita kan?Tambahan pula, jika Anda gemarkan sesuatu yang sememangnya ringkas dan mudah? Anda juga merasakan memakai kasut bertutup mahupun high heels ketika keluar bersiar-siar dan bersantai hujung minggu sebagai menyusahkan dan merumitkan? Sandal adalah pilihan tepat untuk anda. Ia sememangnya mudah , ringkas dan senang apatah lagi ia kini hadir dengan pelbagai corak dan rekaan menarik.Gioseppo yang juga digelar 'selipar tembus angin' sudah tentunya menjadi pilihan ramai para wanita apatah lagi ia ringan dan selesa dipakai terutamanya ketika cuaca panas. 
Jadi,. koleksi sandal apakah yang menjadi idaman para kaum hawa pada masa kini? sandal yg saya maksudkan itu adalah koleksi sandals wanita. Rekaan sandalnya yang terbuka ini membolehkan kaki kita untuk bernafas dan kekal segar terutama sekali apabila cuaca panas. kesemua koleksi sandalnya amatlah versatile dan sesuai untuk digayakan dengan apa jua jenis pakaian yang anda gemari. Anda juga boleh mengenakan pemakaian sandals ini bersama  kombinasi jeans dan t-shirt mahupun maxi dress. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa terdapat juga beberapa situasi yang tidak bersesuaian dengan pemakaian sandals. 

       Apabila anda ingin melancong. Terutama sekali jika anda merupakan seorang hardcore traveller. Biasanya seorang hardcore traveller lebih kerap berjalan kaki berbanding menaiki kenderaan. Rekaan sandals yang bertapak rata ini akan mengurangkan keselesaan kaki anda jika anda berjalan untuk tempoh yang panjang. tetapi koleksi sandal wanita ini telah mempumyai rekaan sandal yg tidak menyakitkan ketika kita berjalan dalam masa yang lama.. hebat kan..
  
     Tambahan pula, Apabila anda ingin berjalan disisir pantai. Jenis koleksi sandal wanita yang lebih selesa dipakai apabila ingin ke kawasan yang berpasir seperti pantai adalah jenis flip flops . Ia lebih mudah dibersihkan dan tidak rosak apabila terkena air.. dan sudah pasti kesemua sandal koleksi wanita ini mampu mengekalkan malah menambah keserian pada pemakai..

Begitu juga apabila anda ingin menghadiri interview. Adalah lebih elok jika anda memakai jenis kasut yang tertutup untuk kelihatan lebih formal seperti pumps heels



    Justeru itu, begitu juga apabila anda ingin melakukan aktiviti lasak. Jangan sesekali melakukan aktiviti outdoor dengan memakai koleksi flats atau flip flops atau anda akan mudah mendapat kecederaan.Lihat betapa pentingnya pemilihan sandals yang betul apabila kita melakukan sesuatu kerana setiap jenis kasut yang kita sarung melambangkan keperibadian seseorang..:)


Friday, 18 March 2016

"Selamat tinggal sayangku..." (T_T)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Haii olls,masih kah ingat entry yan pasal henset yan yang note 2 screen retak tu?Ok yan dah pusing-pusing area kangar cari kedai yang paling murah dalam perlis ni  untuk baiki screen yang retak ni.Alhamdulilah yan dah dapat kedai tu tapi kannnnn tak dak pun sebenarnya harga paling murah semua harga lingkungan Rm 250 +.Oh ya henset yan ni kan retak pada lapisan screen pertama je bukan LCD lapisan paling sensitif tu tapi yang lapisan yang atas saja.Untuk pengetahuan awak,yan beli samsung ni tak dapat pon tempered free kena pasang sendiri.Itu sebabla bila kena lempaq henset tu berlaku keretakan pada screen,kalau LCD yang rosak huiii nahaiiii.Syukur la sebab rosak dekat screen saja bukan LCD.LCD tu yan ada tanya jugak,berapa kalau nak tukar kan,lepastu banyak-banyak kedai yang pergi tu,satu ja kedai yang cas Rm 700 +.Kedai lain semua Rm 500 dan kebawah.Kedai yan pergi baiki ni kedai kat sederet Klinik Dr.Othman *Orang perlis tahu* iaitu kedai celcom,sini saja paling kurang cina tu kasi diskaun Rm 260.Ollss RM 260 taw !!Bagi yan murahla sebab kedai lain tak dapat la harga ni.Murah sebab apa?sebab yan mintak suruh dia pasang sekali dengan tempered glass.Mana nak dapat harga tu?Mula mintak dia tak nak bagi,dy kata total semua rm 300.Yan mintak jugak-jugak sampai dapat dah bosan gamaknya dia pon kasi laa Rm 260 diskaun termasuk harga pasang untuk tempered glass.Satu tempered glass original berharga Rm 45 *Kualiti terbaik*.Harga untuk baiki screen saja Rm 255.So kalau total dua-dua tu tanpa diskaun dah Rm 300.Jadi dah dia bagi diskaun yan save Rm 40 kt situ.

So tadaaaa akhirnya hehe.
 
Tapi ada jugak yan survey lama jugak la keluar semata cari tempat tuk baiki benda alah ni.Ok ada satu kedai ni jual aksesori untuk iphone.Yan tanya dia boleh ke terima untuk baiki model samsung,dia balas boleh tapi kena cas Rm 250 nett makna harga lebih mahal lah lagi huhu.Awad tak taw mahai sangatt nak tukaq benda alah ni huhu.So dah boleh guna seperti biasa tanpa terganggu pandangan hihi.

*Aunty tu cakap "Brand samsung memang mahai maa"hmm yela aunty janji henset ni bertahan lebih lama lepasni.Memang selamat tinggal sayangku kepada Rm 260 tu (T_T) Pergila dengan sejahtera kepada tuan baru,aq lepaskan kau dengan hati yang ikhlas hahaha *Gurau*

Thursday, 17 March 2016

Alhamdulilah perjalanan baru dalam hidup

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulilah akhirnya berjaya dapat kerja.Inilah permulaan perjalanan yang baru.Merata hantar resume tapi satu pon tak lekat.Dan tady dapat panggilan dari sebuah syarikat swasta mengatakan yan diterima untuk berkhidmat dengan syarikat depa.Ya Allah gembira gilaa.Masa pergi interview tu ada 2 kekosongan jawatan sebagai kerani untuk bahagian GST dan Akaun.Yan tak dak sijil diploma / degree maka yan guna sijil STPM dan nak dikatakan rezeki dapat kerani tu dan di letakkan dibahagian GST.Banyak tempat yan cuba mencari kerja tanpa mengenal erti penat lelah *poyo* hantar resume pusing satu negeri perlis tapi tak dapat walaupun syarat kebanyakkan tempat tu memerlukan sekurangnya diploma tetapi yan tetap cuba.Sebab syarat minima kena ada diploma.Peluang guna sijil STPM agak tipis masa yan mohon huhu

Itula yan selepas abih STPM yan dapat tawaran sambung belajar tapi disebabkan kena jaga tok yan yang sakit tu yan terpaksa lupakan keinginan nak sambung belajar seperti pelajar lepasan STPM yang lain.Dekat dua tahun la jugak yan duduk rumah sambil tu yan join business partner dengan sahabat yan.Tak sia-sia la usaha yan selama ni naik turun cari kerja dengan keadaan sekarang yang agak susah nak dapat kerja.Motif yan cerita kat sini,tiada yang mustahil untuk malas bekerja.Rezeki Allah tu luas,atas usaha diri sendiri dapat memajukan diri.Lagipun yan sarankan mana yang lepasan STPM tu kalau tak dapat sambung mana-mana uni under kerajaan awak jangan putus asa,awak boleh apply under swasta.belajar la selagi masih muda.Kerja semakin lama semakin mencabar.Jika diberi peluang guna sebaik mungkin.Setakat Stpm tu semakin lama kedepan nanti dah tak laku sebagai contoh tengok pmr dengan spm macam mana.Kakak yan suka bagi ayat ni "Belajar STPM untuk sambung study".Stpm ni agak sedikitla peluang pekerjaan berbanding orang yang ada dip/dig.Rata-rata pekerjaan memerlukan sekurangnya dip dizaman penuh cabaran ni.

P/S:Isnin ni lapor diri ditempat kerja baru alhamdulilah.Nak tahu tak tempat yan kerja nanty ni dekat sangat dengan rumah  tak sampai 5 minit dah sampai tempat kerja hehe.

Wednesday, 16 March 2016

Screen HP Retak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam olls,sapa tahu harga untuk menukar screen yang retak untuk Samsung Galaxy Note 2?Berapa Rm eh?Punca dy anak buah baling kena pintu bilik sampai retak,mengamuk kes main game ja.*Saja pon acu hampa duet banyak* (T_T) Pasni no excuse nak kasi pegang henset ni lagi.Nak marah pon tak guna kita sendiri yang gatai bagi so nak salahkan sapa?budak tu?Depa bukan taw apa..Dengar kata Ratus2 jugak smpai Rm 600 + betul ke?Huhu ada yan baca dalam google ada pengguna tu sama naseb dengan yan tapi dy repair dapat harga rm 140 saja tukar benda alah ni tapi area peneng la.Jadi harga sebenar berapa eh?Kalau mahai sampai macam tu sekali alamatnya tak tukar dah gamaknya..naseb ada satu lagi ni sebagai backup kalau tak mana nak cekau money beli sebijik lagi yang baru huhu..Sebelum yan tanya pada awak semua,yan dah kaji dah cari dalam google tapi nak kepastian saja benar atau tak..:) Btw menangis kita dihujung bucu katil (T_T)

*Jangan bagi tips suh tukar phone (T_T).I setia tahu pada yang satu hehe*
Kau retak seperti retaknya hatiku pada mu hmmm
 

P/s:Jadi kes retak seribu ni,i dah serik i dah pasang tempered glass screen protector pada satu lagi henset yan.Tak rela ceq nak kuaq ratus2 semata untuk tukar benda alah ni.Sediakan payung sebelum retak (T_T).Henset ok tak dak masalah kesihatan lain,tapi rasa rimas sebab wujudnya natang retak kat screen ni..mengganggu penglihatan betul 

Tuesday, 15 March 2016

MigrainKah Aku?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tengah malam semalam,pertama kali rasa macam tetiba terasa berdenyut semacam je di kepala masalah bukan kepala saja tetapi tangkap sampai ke mata rasa macam nak terkeluar biji mata sakit yang amat sangat.. oh mannn rasa macam something ada melekat kat kepala nih.. tak boleh tahan terus cari panadol,aduhaiii malangnya nasib panadol ada dalam bilik mak ayah sekali bekas ubat (T_T) ayah pon demam myb faktor cuaca yang agak panas sekarang ni.Yan nak ketuk pintu asa bersalah sebab dah pukul 3 4 pagi tak kan nak ganggu depa kan huhu ya Allah, hanya tuhan yang tahu.. puas di picit-picit, ketuk-ketuk pala di dinding *Tipu je*di tekan-tekan kepala nih untuk redakan sakit.. mulut dah jampi serapah baca memacam..

Ini kali pertama yan rasa sakit macam tu.. kalau dulu nak sakit kepala pon hanya rasa macam berat je.. tandanya otak perlukan rehat.. ini tandanya apa?? nak suruh hempuk kat dinding?? Sekrang masih lagi terasa sakitnya kepala otak ni berdenyut2 tapi kurang dah sikit daripada semalam..Good Night *Dah insaf nak neno awai*

Saturday, 12 March 2016

Voucher MBO untuk dilepaskan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salam haii olss,Yan nak tnya kepada sapa2 yang berminat dengan voucher ni boleh Pm yan kat Fb.Yan dapat ni semasa menyertai GA dari sapa tah huhu lupa dah.Lepastu tujuan yan nak lepaskan adalah kerana voucher ni lambat sampai ke tangan yan walaupun tarikh diumumkan pemenang dah lama diumumkan.Kalau minggu lepas dapat ok la sebab ramai kawan-kawan yan balik sini minggu lepas ingat nak ngajak ler geng-geng tu tengok wayang tapi dah lambat semua pakat sambung study dah maka tak dak geng dah nak ngajak.Lagipun minggu depan sampai hujung bulan jadual yan full sibuk mengalahkan sebagai seorang student kahkah.Dari membazir yan nak kasi secara free kepada u olls,yan ada satu ni saja sapa cepat dia dapat ye ^^.Valid voucher ni 31/3/2016.Kalau nak sampai cepat awak terpaksa bayar poslaju la dalam Rm 4 untuk semenanjung,kalau sabah serawak yan tak pasti*Yan guna sampul poslaju insyaAllah dalam dua tiga hari sampai*.Kalau nak free pon boleh tapi kena tunggu lama sikit  myb dalam dua minggu baru sampai voucher ni ke tangan awak.Tujuan yan bagi bukan tak sudi terima voucher ni tapi masalah waktu yang semakin hari semakin sibuk jadi masa agak terhad sikit huhu.Terima Kasih kepada pemberi tersebut :) Lekaih Pm.

Oh yaa kalau cakap kenapa yan tak tolong bayarkan je kos penghantaran?Ok yan boleh support tapi dengan syarat yan nak orang tu betul2 susah tak mampu nak bayar dan teringin sangat nak tengok wayang.Itu yan akan support kos pengeposan,ni kalau ari-ari engkau makan makanan hipster,pakai ipong sampai ribu riban tak kan tak leh korban sikit rm 4 untuk pos,yang untung awak jugak dapat tiket sampai Rm 16 free lagi haaa.Yan tak ambik untung sesen pon hasil "gadai" voucher ni hakhak.Hyep tak nak ke?boleh tengok boboiboy dgn kungfu panda kod kat wayang hehe.Jadi Pm Kat Fb ye kalau berminat.PASTIKAN U OLLS MEMPUNYAI AKAUN CIMB senang boleh tranfer ganjil :)

Tuesday, 1 March 2016

Kucing tertua didunia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Kucing tertua didunia ini diberi nama Corduroy, meow yang berusia 27 tahun.Jangka hayat seekor kucing normal majoriti dapat mencapai umur 11-12 tahun.Ada juga fakta yang mengatakan Kucing yang hidup di dalam rumah (indoor) biasanya berumur lebih panjang dibandingkan dengan kucing yang hidup di luar rumah (outdoor/stray cat). Kucing indoor dapat mencapai umur 16 tahun, bahkan ada yang mencapai 20 tahun. Rata-rata kucing outdoor maksima berumur 8 tahun.


Fakta menarik Umur kucing boleh dibandingkan dengan umur manusia

Ada beberapa versi perbandingan umur kucing dengan manusia, iaitu :

  • 1 tahun umur kucing = 6 tahun umur manusia. Jadi bila kucing tu berumur 7 tahun, ia seumur dengan orang berumur 42 tahun.
  • 1 tahun pertama, kucing setara dengan manusia usia 15 tahun. Tahun seterusnya 1 tahun usia kucing  sama dengan 4 tahun umur manusia. Jadi kalau contoh kucing tu berumur 7 tahun, ia setara dengan manusia berumur 15 + (6 x 4)=15 + 24= 39 tahun.
  • Ada juga yang menyatakan 1 tahun pertama, kucing sama dengan manusia usia 20 tahun. Tahun seterusnya 1 tahun usia kucing sama dengan 4 tahun umur manusia. Jadi kalau contoh kucing tu berumur 7 tahun, ia setara dengan manusia berumur 20 + (6 x 4)=20 + 24= 44 tahun.
Faham ? Tak faham kaji matematik hehe.Jom usha pic kucing yang tertua bernama Corduroy yang comel XD









Credit : Dunia Kucing Kampung

Monday, 29 February 2016

Menang GA dari Cik Akak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Gambar tiada kaitan haha
Sudah dikreditkan ke dalam akaun yan alhamdulilah ^^
Review arini menang ga dari blogger cik akak.Tak mampu nk ungkap kan melainkan ungkapan alhamdulilah syukur kehadrat illahi ada rezeki menang GA cik akak.Memang tak sangka sangat tengok senarai pemenang kat2 list tu agak keciwa gak hehe nama tak dak kat situ,pastu scroll bawah2 lagi tengok sapa peserta bertuah menang rm 100 tu,slow ja scroll dengan bismillah sekali haaa Ya Allah terima kasih diatas rezeki mu huhu excited sampai terlupa nak masak tengahrai hehe.Untuk penaja rasmi ga iaitu cik akak,yan mendoakan semoga cik akk dimurahkan rezeki selalu dan semoga Allah merahmati hidupmu..:* *Muah ciked* hehe.Inila yang dikatakan tuah ayam nama dikaki,tuah manusia tiada siapa yang tahu :) Tahniah juga kepada semua ^^

Monday, 15 February 2016

Menang GA dari Nurfuzie (sponsor marsha)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Haii olls,arini nak review saja kemenangan ga dari nurfuzie,yan menang produk shaklee dari marsha.Tengkiu marsha,tq cik en ^^.Untuk pengetahuan semua,yan adalah pengguna produk shaklee selama 4 tahun lebih.Dengan menangnya GA dari cik en,dah lengkap apa yang dihajati.Kebetulan memang salah satu produk shaklee ni di rumah dah abih,alhamdulilah rezeki produk yang nak repeat order yan dapat free.Syukur sangat,dekat situ dah boleh jimat dah hehe.:)

Peminat tegar produk shaklee :D
Paling yan suka lagi,shaklee yang yan menang tu masih baru,tak bukak lagi tarikh expired pun lama lagi*new lagi olls*.Alhamdulilah mujur ada marsha sudi bagi shaklee LECITHIN secara percuma :) Semoga bertambah rezeki marsha amin.Yan makan shaklee bukan sahaja untuk kurus & kulit gebu gebas,tapi adalah demi untuk menjaga kesihatan dalaman jugak,Kebaikkan ia adalah merupakan salah satu produk shaklee yang dapat mencegah dari penyakit kanser selain menambahkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.Kalau nak taw,kandungan shaklee adalah berasaskan soya.Bagi individu yang kurang gemar minum soya,boleh cuba shaklee.Yan sangat2 tak suka soya,tapi sejak mengamalkan produk shaklee ni kurang sikit *kebencian* terhadap soya hahaha.

********************************************************************************
Settle review pertama.
Review kedua dari blogger SHALIMAR

Yang ni dah lama,lupa nak review huhu *maafkan saya*.Yan menang dari GA pada tahun lepas dan yan memenangi sebuah buku diary 2016 oleh shalimar.Buku ni dah penuh dah contengan hehe.Buku sha bagi ni yan buat sebagai buku rekod yan.

Tengkiu sis Shalimar
Review ketiga menang bloglist dari blogger beeha kategori PEMENANG BLOGLIST SEPANJANG HAYAT. No penyertaan #25.Terima kasih sis beeha menganjurkan segmen ini.Ni secara langsung dapat juga masuk dalam bloglist beeha hehe *Sepanjang hayat olls*.Yang lain review yang itu sajalaa setakat ini.Sekian sahaja daripada saya :)

Saturday, 13 February 2016

Pageview 200 Ribu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Entri penghargaan untuk hari ini. Nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua readers blog yan yang sentiasa sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ni.
Nombor yang dinantikan sepanjang berblog.Nombor yang cun-cun gittew.Pageview bulan lepas (Bulan satu) cecah 7,289,satu angka yang amat membanggakan bagi yan sebab selalunya bawah 7 ribu *Sadis*.Mungkin buat GA tempoh hari tu pageview meningkat saban hari tanpa diduga.

Terima kasih sekali lagi, especially kepada blogger-blogger yang sentiasa sudi memberi komen di blog ni. Terima kasih juga buat semua silent readers. Majority readers di blog ni adalah silent readers sebenarnya hihi.

Hopefully pageviews ni akan berkekalan.Dan hopefully lebih up lagi. Thanks you all ;)

P/S: Setel semua sudah GA yan,hadiah pon dah setel,pemenang baru lama sudah tuntut.See next GA :) Target 4 tahun akan datang harap boleh capai 1 juta 

Friday, 12 February 2016

Cabutan mencari pemenang baru #NYGA2016BYIA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Memandangkan ketiadaan maklumat dari pemenang cabutan pertama,(Entri Pemenang cabutan pertama) maka yan cabut undian kali kedua mengunakan kaedah random.org.(Kategori hadiah misteri)Pemenang baru sila tuntut secepat mungkin ye.Pemilihan ini berdasarkan peserta yang tidak tersenarai sebagai pemenang bagi mana-mana kategori sebelum ni.Jadi jangan cakap tak adil la apa lah ye :) Yan cuba untuk berlaku adil kepada semua.*Pemenang cabutan pertama terbatal serta merta maaf*.Cabutan baru ini dua pemenang baru dicari sebagai mengantikan tempat dicabutan pertama yang tidak menuntut hadiah mereka.(Yang dipotong sudah dipos)




78. http://chasserdedroom.blogspot.my/2016/01/new-year-giveaway-2016-by-izyan-athirah.html


Tahniah kepada pemenang :) Jika tiada lagi sebarang tuntutan hadiah dari pemenang baru,maka akan ada cabutan yang ketiga.Sekian ~ (Last bagi detail 17/2)

* Sila bagi detail seperti NAMA PENUH , ALAMAT LENGKAP & NO TEL *
Ke email saya : izyanyancinnamon@gmail.com

(Ikut format seperti butiran dibawah dengan lengkap dan hantar ke email saya dengan kadar segera)

  1. Tajuk/Subject : Pemenang New Year Ga 2016 By Izyan Athirah
  2. Nama penuh :
  3. Alamat Lengkap :
  4. No Telefon :
  5. Url No Penyertaan :

Tuesday, 9 February 2016

Hanya terkilan seketika..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Yan menulis disini cuma rasa agak terkilan dengan apa yang terjadi selepas tamatnya giveaway yang dianjurkan baru-baru ini.Yan tak tahulaa apa salah yan sampai yan diblock di fb,wassap,wechat dari owner yang sama,*Nama tidak akan dinyatakan atas sebab taknak menaibkan dia*Adakah dia mengharapkan sangat dia menang?Yan mintak maaf sangat-sangat kepada sesiapa yang berkenan tu,yan memang tak dak niat tak pilih awak dalam giveaway tu.Yan buat pemilihan berdasarkan kreatif dalam menulis entry tu.Yang lain pon bukan tak kreatif sampai yan tak pilih awak,tapi yan nak yang lebih kreatif huhu.U olls sporting abis sampai nak pilih pemenang tu agak sukar untuk dibuat pilihan semua hebat-hebat belaka mahupun blogger lelaki atau perempuan semua menambat hati.Ikutkan yan semua yan nak bagi hadiah.Mana nak dapat peserta yang sporting abih tu,bila baca ucapan awak-awak tu ada yang mengelikan hati yan hihi,ada yang sedih is so k apa yang awak tulis tu,yan tak ambik hati pun hihi malah lebih bersemangat untuk berblog

Pemilihan yang lain pulak berdasarkan random.org.*awak awak block laa si random tu,pakcik random yang tak pilih awak huhu*Dan hadiah pulak adalah agak terhad *tak cukup bajet* yan buat segmen tu bukan niat nak kejar follower,like yang tinggi sumpah tak.Yan cuma suka bila beramai ni.Disamping boleh kenal dengan blogger lain.Jadi kalau awak nak sangat saya boleh kasi kat awak,tapi jangan laa perkenalan kita setakat situ saja selepas tamat giveaway.Yan ingat dengan buat segmen macam tu dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita,tapi jadi kod lain.Dia iri hati dengan yan pulak..Really so sorry dear :'(..Serius yan rasa terkilan sangat-sangat.


Yang lain jangan iri hati ye yang tak menang tu,anggap bukan rezeki lagi.Mungkin rezeki awak kat segmen lain.*Doakan yang terbaik buat dia*Sampai sini saja entry harini,jumpa olls next week hehe..jangan ambik hati taw apa yang ditulis diatas,bukan nak raih simpati cuma nak luah saja supaya lepasni jangan ada salah faham diantara kita selepas tamat segmen .:)
Maafkan yan andai ada salah dan silap kepada awak semua

Monday, 8 February 2016

Senarai PEMENANG New Year Giveaway 2016 By Izyan Athirah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Haii olls,arini yan nak umumkan senarai nama pemenang mengikut kategori yang dijanjikan.

NEW UPDATE : SENARAI PEMENANG BARU 


SAGUHATI x1

85.http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/01/new-year-giveaway-2016-by-izyan-athirah.html

RANDOM.ORG x5 (Hadiah Misteri)


BLOGLIST x20 (Random.Org)










Tahniah diucapkan kepada yang terpilih,tahniah juga untuk yang lain :) Yang tak menang tu bukan bermakna awak gagal tapi belum rezeki awak masa ni,insyaAllah ada rezeki dilain masa Amin..*Takmo Nanges2* Yang menang saguhati tu,mohon bagi detail secepat mungkin ye,sebab pengeposan dilakukan mengikut pemenang bagi detail,kalau lewat hadiah awak akan dibakor hoho.Awak diberi tempoh tuntut hadiah selama 5 hari dari tarikh pengumuman pemenang (8/2/2016) akhir bagi detail (12/2/2016)jam 11.59 malam.Lepas tarikh tu jika tiada maklumat dari pemenang maka dengan itu saya pilih peserta bertuah lain.Sekian sahaja entri saya harini.

* Sila bagi detail seperti NAMA PENUH , ALAMAT LENGKAP & NO TEL *
Ke email saya : izyanyancinnamon@gmail.com

(Copy paste butiran dibawah dengan lengkap dan hantar ke email saya dengan kadar segera)

  1. Tajuk/Subject : Pemenang New Year Ga 2016 By Izyan Athirah
  2. Nama penuh :
  3. Alamat Lengkap :
  4. No Telefon :
  5. Url No Penyertaan :

Saturday, 6 February 2016

New Year Giveaway 2016 By Izyan Athirah telah TAMAT !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Dengan ini secara rasminya diumumkan bahawa New Year Giveaway 2016 By Izyan Athirah yang berlangsung selama sebulan dari 06 Januari 2016 telah TAMAT pada 6 Februari 2016 tepat jam  11:59 malam. Terima kasih kepada semua blogger (119 peserta) yang sudi turut serta memeriahkan giveaway yang pertama kali yan anjurkan ni hihi.Thank You Very Very Very so Much dan tahniah untuk diri sendiri juga sebab berjaya meluangkan masa walau seminit untuk publish entri anda join GA yan :)

Sebelum keputusan penuh keluar insyaAllah pada senin ni (8/2/16),awak boleh cek list nama awak supaya tak tercicir atau terdouble link.Kalau ada masalah cepat-cepat bagitahu kat yan ye.Ok disini yan nak maklumkan bahawa pengeposan hadiah yan serahkan pada my "assintent manager" iaitu cik fatiha yang juga merangkap sepupu kesayangan*sayanglaa sangat haha* untuk pos.Yan tak dapat nak p pos atas sebab yan bercuti seminggu dengan family hihi.Cik fatiha free mintak tolong dia pos hadiah awak semua :D.Jadi terpulang kat dia,dia nak pos cara biasa atau poslaju.Tunggu ja hadiah sampai depan umah ye hihi.Bawak bersabar ye sayang2 sekalian.Hadiah dah siap pack semua dah cuma ternanti-nanti siapa yang bertuah untuk dapat hadiah2 yang tak mahal harganya tapi harap bernilai untuk yang bertuah tu.*Awak simpan taw jangan tunjuk kat orang hahahaha :P**Gurau*.

Oh ya haritu ada seseorang tanya apa misteri nya tu,ok disini yan nak jawab hadiah misteri tu ada tiga hadiah bagi setiap seorang pemenang..hadiahnyaa adalahhhhh.....tunggu sampai umah hadiah tu mana boleh habaq sekarang..tak suprise hoho

Ok baii tak nak membebel panjang nak neno  hihi *Selamat Malam*

#TengahpikirnakwatGAlagipasni :D

Giveaway TAMAT malam ini !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Gambar hiasan semata-mata :P
Alhamdulilah harini dah masuk 6 haribulan dua bermakna malam ni juga adalah malam terakhir New Year Giveaway 2016 By Izyan Athirah berlangsung.

Nak bagitahu ja GA yan tamat pada pukul 11.59 malam ni,sesiapa yang belum join tu meh laa pakat join mana tahu disaat akhir ni ada rezeki encik random pilih awak hihi*Tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia siapa yang tahu*

Sekali lagi nak diingatkan mana ada masalah disenarai peserta mohon bagitahu ya :)

KLIK SINI UNTUK SERTAI

SENARAI PENUH PARA PESERTA


Yang ikhlas : IzyanCinnamon

Sunday, 24 January 2016

100 Peserta Join NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Terasa begitu cepat masa berlalu. Bulan Januari bakal melabuhkan tirainya. Begitu juga dengan NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH yang bakal tamat berbaki lagi 13 hari.(6/2/2016)
Pada sesiapa yang belum join tu, apa tunggu lagi? Meh cepat klik SINI. Kepada sesiapa yang dah join pula, terima kasih saya ucapkan.
Tak sangka Giveaway pertama saya ni mendapat sambutan yang meriah dari anda semua. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Tanpa anda semua, maka tiadalah istilah New Year Giveaway 2016 By Izyan Athirah
Sekarang ni dalam proses tengah semak entry para peserta sikit-sikit yang join memandangkan ramai yang join maka saya kena slow-slow baca ucapan yang menarik anda semua untuk kategori saguhati.Maaf laa kalau ada yang cakap sorang je yang menang saguhati?Ya sorang ja maklumlaa tak cukup bajet (T_T).Cukup masa saya akan umumkan siapa pemenang yang bertuah tu untuk kategori saguhati dan juga random.org ^^.
InsyAllah ada rezeki lebih saya kongsi dengan anda semua.:)
NEW UPDATE : Memandangkan ramai peserta yang join,maka saya akan random lagi dengan menggunakan bantuan RANDOM.ORG mencari 20 peserta untuk dimasukkan dalam bloglist saya selama mana saya rasa nak pamerkan :P.Jadi jumlah pemenang yang dicari adalah sebanyak 26 pemenang termasuk lima pemenang yang bertuah dan juga seorang entry yang kreatif.
P/s : Semoga apa yang dirancang dipermudahkan ^_^

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.