https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Monday, 26 September 2016

Review Testimoni Powerbank : Beli satu tapi dapat 7 barang !!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalamualaikum semua
Baru-baru ni aku perasan ramai yang cari powerbank. Aku sendiri pun cari. Memang dah lama dah aku mencari powerbank sendiri. Tapi aku pun macam awak. Ragu-ragu yang mana satu powerbank yang terbaik, berkualiti dan paling penting original. 
Yelah, memang kau kena beli ori beb. Sebabnya, sekarang ni dah banyak kes bila charge handphone dengan powerbank tak ori... handphone meletup. Hish! Nauzubillah. Takut aku dengar... bukan sayang powerbanknya... tapi keselematan tu yang penting. 
Tapi sebelum tu, aku nak perkenalkan korang dengan powerbank yang sekarang ni aku gunakan. Iaitu PINENG POWERBANK dengan kuasa kuda 20,000mAh. Beli dari PEMBORONG POWERBANK PINENG *terima kasih banyak-banyak ye!Sebab jual original powerbank !*
Ok untuk pengetahuan anda semua,Penjual aku beli ni dia tengah mengadakan promo besar-besaran kau bayangkan 20,000mAh dia jual Rm 99.00 SAHAJA !!! Dengar cam mahai je kan?Tak olls Rm 99.00 ni kau akan dapat 7 freegift aksesoris untuk telefon pintar anda.Tawaran yang ditawarkan amat laa berbaloi walaupun apa awalnya aku ada sedikit keraguan nak beli..Yelaaa nak keluar duit seketul tu bukan senang kena tipu terbang duit kau yang kau simpan hari-hari huhu..Btw dengan membaca testimoni beliau aku dapat rasakan dia seorang seller yang boleh dipercayai.Sebelum aku angkat seketul powerbank ni macam-macam soalan aku tanya dia..Almaklumlaa tak pernah ada powerbank sebelum ni malah memang aku tahap IQ nak ambik bab pasal powerbank ni adalah 1%.Aku dapat maklumat pon sikit2 dari hasil carian uncle google kacak.Tu pon tak cukup maklumat,aku tanya abih kawan-kawan serta encik A.Encik A terang satu persatu sebelum beli seketul powerbank ni.Alhamdulilah pada 25/9/2016 aku terbankin kepada seller ni.Maka seller ni pon kebetulan ahad Johor bukak pejabat pos.Dia pon sempat g pos dan akhirnya dah selamat sampai ke tangan aku pada hari ini (26/9/2016)..
Pn969 - Black
Kelebihan Pineng Power Bank 20000mah Model PN969 :
1) 100% Real Capacity Batteries – kapasiti power bateri yang tertinggi berbanding dari model power bank Pineng yang lain. Dengan kapasiti ini, ia mampu recharge phone anda antara 7-8 kali (* bergantung pada model phone anda).
2) Dual USB Output – Anda boleh mengecas dua phone serentak dalam satu masa tanpa perlu kan charger.
3) Black LCD Display  – Baki kapasiti bateri power bank akan di paparkan dalam bentuk digital bernombor % di skrin LCD power bank ini. Yang menarik untuk model PN969 adalah LCD nya berwarna hitam yang menampakkan power bank anda sangat eksklusif dan bergaya. 
4) Cip IC Pintar : Cip ini bertindak untuk melindungi bateri phone daripada over charging, over discharging atau short circuit.
5) Auto Detect & Charging – hanya plug kan USB cable ke phone anda, dan power bank ini akan ON secara automatik dan recharge phone anda.
6) Support 99% model smartphone di pasaran – support smartphone @ tablet – Lenovo,Samsung,Sony, HTC, Apple, Asus ,Oppo dan sebagainya..
Specification:
1. Input: Micro USB/DC 5V/2A
2. Output: DC5V 2.1A/1A
3. Built-in battery capacities: 3.7V/20000mAh 74wh
4. Battery Type: Li-polymer battery
5. Fully Charge: 8-14 hours
6. Working Temperature: -10°C to 45°C
7. Standby times: >5000hrs
8. Cycle life of charging : 500 times (1 time = from 0% to 100%)
9. Net Weight: 420g
10. Size: 163*76*21mm
Aku testimoni kepada PEMBORONG POWERBANK PINENG akak kasi five star untuk trusted seller ni ditambah pulak memang dia layan customer dengan baik sekali.Hakak memang cerewet bab jual beli atas talian ni hoho.Naseb encik tu sabar dengan kerenah customer dia sorang ni hehehe.
Bukan itu saja dia menawarkan pakej powerbank murah tapi original.Ada banyak jenis..Olls boleh stalker di Fb / Insta dia..Insta:@Pemborong_powerbank_pineng & Fb:@Pemborong Powerbank Pineng.Ok apa yang awak dapat bila beli dengan seller ni?
 7 freegift akan anda nikmati!!!!
1🎁 FREE cable pineng on box2🎁 FREE USB LED Light 3🎁 FREE Sarung Powerbank dua pocket. terbaik punya tebal 4🎁 FREE USB Fans5🎁 FREE Poslaju Semenanjung 6🎁 clip lens for eye fish view 7🎁 cable pineng pn303 android 100% Original Pineng Powerbank!!!~Super Trusted Seller since 2013~~Poslaju jln tiap2 hari~
Warranty card 1 year
Anda akan dapat seperti dalam gambar
Saiz sebenar powerbank pn969 sebesar iphone 6s + sahaja 
Nak tahu powerbank anda original ke tidak?Boleh cek kat laman ni : http://www.pineng.cn/
Selepas dah check dekat website PINENG tu, resultnya adalah seperti kat bawah ni. 
But basically ia menunjukkan keaslian produk tersebut. So, aku punya powerbank dari Guangdong Pineng Industrial Co., Ltd. memang disahkan original lah! Bagus!Macam mana nak tahu code ni?Anda boleh cek kat kotak powerbank awal beli tu, serial numbernya diletakkan di hadapan kotak tapi dalam keadaan seal. Ala macam hologram tu..nampak tak?ada gores hologram ? Tak nampak meh kak chik up sikit sticker gores dan ada no code tu :)*Setiap gores adalah berbeza bentuk warna dan sebagainya mengikut jenis powerbank anda beli* 
Nampak tak code tu sebelum dan selepas digores?Haa disitula terletaknya keaslian powerbank anda semua.Code aku selepas digores ialah 2123274253523680 
Itu saja review aku pada harini serba sedikit tentang powerbank yang aku beli.:) Any question u boleh tanya direct pada penjual ni. Whatsapp at 012-7948434 - Haris Ridzwan Enterprise


Saturday, 24 September 2016

Petua #1 : Cara Jadikan Daging Cepat Empuk

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
1) Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging,jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.

3) Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

4) Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

5) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

6) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

7) Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu.Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit,lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

8) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

9) Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

Wednesday, 14 September 2016

Kenali apa itu charlie

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

CHARLIE
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie

Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.

Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Kesan2 gigitan charlie / Sumber pic google
Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Sumber : Facebook Amira Salwana

Saturday, 27 August 2016

Mengapa lubang hidung ada dua?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.

Apakah fungsinya sama?

Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri,sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan,sehingga CEPAT sekali marah.Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun,lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat,Anda akan merasa sangat lelah.Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas,Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak,tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam,saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh. 

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Inshaa ALLAH.....

Sumber: Ustaz
Ahmad Nasir

Friday, 26 August 2016

Pemakaian sandal idaman wanita di abad ini.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

modern sungguh zaman kini,
                                  pembangunan dibina sungguh pesat,
nak tau awat tajuknya begini,
                       mai baca artikel ceq ni sat...

Assalammualaikum.. harini saya nak berkongi bersama anda semua mengenai SANDAL IDAMAN WANITA.. apabila kita mengatakan mengenai sandal, semua diantara kita telah tahu dan telah mengerti apakah itu sandal kan?... malah ada diantara kanak-kanak mahupun bayi masa kini telah disarungkan dengan sandal ini... ini telah membuktikan bahawa sejak kecil lagi, sandal telah menjadi sebutan dan pilihan ramai rakyat di negara kita dan serata dunia... Namun begitu didalam artikel yang ringkas tapi padat ini, saya akan berkongsi bersama anda semua sejenis sandals yang menjadi pilihan dan mengikut 'trending' para kaum hawa pada masa kini. dalam erti kata lainya,'sandal idaman wanita di abad ini'...Sebelum saya terus membongkar apakah sandal yg bakal menjadi idaman para wanita abad ini, aspek paling penting dalam pemilihan sesuatu perkara ataupun benda bagi wanita ialah keselesaan dan keselamatan pada diri kita sendiri.. izinkan saya memberi satu perbandingan...Antara sandals dengan high heels mana lebih baik? pada pendapat saya sebagai para wanita, saya lebih gemar mencari dan menyarungkan sandals berbanding high heels.  sebabnya high heels ini boley menyakitkan kaki comel kita ni.. dan juga High heels ni bukan calang-calang orang boleh pakai haa kalau tersilap langkah mau terpelecek kaki tu tambah-tambah bagi yang baru ingin mencuba memakai high heels.Better anda memilih sandals kerana mudah pergerakan kita kan?Tambahan pula, jika Anda gemarkan sesuatu yang sememangnya ringkas dan mudah? Anda juga merasakan memakai kasut bertutup mahupun high heels ketika keluar bersiar-siar dan bersantai hujung minggu sebagai menyusahkan dan merumitkan? Sandal adalah pilihan tepat untuk anda. Ia sememangnya mudah , ringkas dan senang apatah lagi ia kini hadir dengan pelbagai corak dan rekaan menarik.Gioseppo yang juga digelar 'selipar tembus angin' sudah tentunya menjadi pilihan ramai para wanita apatah lagi ia ringan dan selesa dipakai terutamanya ketika cuaca panas. 
Jadi,. koleksi sandal apakah yang menjadi idaman para kaum hawa pada masa kini? sandal yg saya maksudkan itu adalah koleksi sandals wanita. Rekaan sandalnya yang terbuka ini membolehkan kaki kita untuk bernafas dan kekal segar terutama sekali apabila cuaca panas. kesemua koleksi sandalnya amatlah versatile dan sesuai untuk digayakan dengan apa jua jenis pakaian yang anda gemari. Anda juga boleh mengenakan pemakaian sandals ini bersama  kombinasi jeans dan t-shirt mahupun maxi dress. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa terdapat juga beberapa situasi yang tidak bersesuaian dengan pemakaian sandals. 

       Apabila anda ingin melancong. Terutama sekali jika anda merupakan seorang hardcore traveller. Biasanya seorang hardcore traveller lebih kerap berjalan kaki berbanding menaiki kenderaan. Rekaan sandals yang bertapak rata ini akan mengurangkan keselesaan kaki anda jika anda berjalan untuk tempoh yang panjang. tetapi koleksi sandal wanita ini telah mempumyai rekaan sandal yg tidak menyakitkan ketika kita berjalan dalam masa yang lama.. hebat kan..
  
     Tambahan pula, Apabila anda ingin berjalan disisir pantai. Jenis koleksi sandal wanita yang lebih selesa dipakai apabila ingin ke kawasan yang berpasir seperti pantai adalah jenis flip flops . Ia lebih mudah dibersihkan dan tidak rosak apabila terkena air.. dan sudah pasti kesemua sandal koleksi wanita ini mampu mengekalkan malah menambah keserian pada pemakai..

Begitu juga apabila anda ingin menghadiri interview. Adalah lebih elok jika anda memakai jenis kasut yang tertutup untuk kelihatan lebih formal seperti pumps heels



    Justeru itu, begitu juga apabila anda ingin melakukan aktiviti lasak. Jangan sesekali melakukan aktiviti outdoor dengan memakai koleksi flats atau flip flops atau anda akan mudah mendapat kecederaan.Lihat betapa pentingnya pemilihan sandals yang betul apabila kita melakukan sesuatu kerana setiap jenis kasut yang kita sarung melambangkan keperibadian seseorang..:)


Saturday, 27 February 2016

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
PETUA 1 (Asam Jawa)
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA 4 (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

PETUA 7 (minyak kelapa)
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)
Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

Thursday, 25 February 2016

Ilmu Baru yang ramai tidak tahu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Ooo baru ceq tahu selama ni | Apa yang faham yan oii?dak ni baru tahu rupanya kalau tangki minyak kita dah sampai E bukan bermaksud minyak dah abis tapi rupanya ianya bermaksud enough dalam bahasa malayu CUKUP.Patutlaa yan rasa bila dekat E ni boleh jalan lagi antara kangar-arau.Nak kupasan lagi?Baca perkongsian dari sahabat kita Zulhisham Tokasid.Yan copy paste dari fanpage BeautifulNara.com.

"Jangan panik jika indicator fuel anda menyala di julat E"

AUTOMOTIVE ENGINEERING

Menurut Dato' Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) melalui sedutan di radio IKIM FM Isnin lepas :

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi 'E' tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.

2. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

*Nota - Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

kredit Amran A. Aziz

P/S:Kalau yan drive tengok minyak dah E memang hobi dah gelabah biawak tengok meter dok E haha.Saya perempuan normal memang macam tu kehekeh #JanganKecamHakak

Fakta menarik tentang meter minyak

Anak panah pada meter minyak

Kalau ke kiri, maknanya tempat isi minyak anda berada di kiri, kalau anak panah menunjukkan kanan, kat kanan la tempat nak isi minyak tu. Mane la tau.. lupa.

Wednesday, 24 February 2016

Aiskrim sumi a.k.a aiskrim Malaysia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Sekarang ni viral dalam fb tentang aiskrim sumi-sumi.Dalam cuaca yang hangat lit-lit ni boleh try buat kat rumah,bahan pon tak susah nak cari sampai ke seberang laut semua terdapat dimalaysia*Nama pon aiskrim malaysia* dan semua mampu membuatnya sendiri dirumah.

Modal
Susu pekat Rm 2.09
Susu cair Rm 2.35
Sumi Rm 1.09 X 2
Plastik Rm1.50(guna 30 PCs je)
Air + Gas =Rm 1.00
Total:RM 9.12


Gambar rajah diatas anggaran yang dihasilkan sebanyak 30 batang aiskrim.Kalau nak buat dalam kauntiti yang sedikit boleh kurangkan dibahagian susu pekat takut manis sangat kena potong kaki nanti huhu.Yang lain bahan tu ikut cita rasa masing-masing.

P/S: Yan rasa mesti lagi sedap sumi diganti dengan nata de coco campur air nata tu sekaliii :D

:: Credit To CtYonMan ::

Nampak sangat tak jujur !


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Haiii olls,arini yan nak share sikit laa hasil perkongsian "mangsa" poslaju.Pengalaman ni juga bukan berkisarkan pada mangsa lain tapi yan juga adalah salah sorang mangsa poslaju.Cita ni cita lama laa *tak lama sangat pon dalam 2 week ago* cuma nak throwback sebagai langkah berjaga-berjaga.Kisah bermula apabila masa tu yan sebagai buyer.harga barangan tersebut Rm 42 hinggit (inc pos).Yan bankin rm 50 atas sebab tak dak online bankin masa tu.Jadi si seller tu memang seller yang yan selalu beli kat dia dikira boleh dipercayai laa jugak.So dah settle bab jual beli dengan akk tu maka akk tu pon post dan diselitya sekali dengan wang baki.Semasa sampai ke tangan yan,yan terkejut la jugak mana p wang baki tu?herann takkan kak tu nak menipu kan?So g la tanya sister tu,dan dia siap tunjuk bukti yang dia memang ada menyelit baki tu dalam parcel.*Rm 8 hinggit koo ingat sikit?*.Kak tu pon marah2 sumpah saranah semua ada kat poslaju huhu.Naseb baik la kak tu ganti rugi balik kat yan.Ni semua gara-gara ketidakjujuran poslaju membuka parcel orang.Btw msa sampai kat yan pon barang ada carik sikit kat hujung plastik tu memang tak salah ada yang mencuba *ceroboh* parcel yan..:( Yang heran apa ke *gedik* sangat nak membuka parcel orang? Aihh xjujur betul sakit hati dennn taw..Bawah ni pengalaman mangsa lain yang senaseb dengan yan huhu



Hakak tengok hasil *seni* dah macam kereje cik tikus je huhu
Untuk yang suka menggunakan perkhidmatan poslaju sila berhati2 lepasni.Lagi pula poslaju sudah letak syarat jika barang rosak ke pecah ke bukan tanggungjawab poslaju.So tips yan selalu buat kalau nak pos barang yang agak superb emergency seperti gadget ke sila tulis kat barangan tu kaca ke biskut ke kuih ke apa ke.Nanty pihak poslaju akan letak natang pa tah macam sticker barang mudah pecah tu.InsyaAllah sampai dengan selamat.Kalau boleh sebelum pos baca doala sikit supaya barang tu sentiasa dalam lindungannya,yang lain berserah pada Allah.Kalau boleh jangan balut bagi orang kesan mana nak taw ada yang korek tengok barang dalam parcel.Mahai p laa haa postage janji barangan tu selamat sampai ke destinasi.Balut kemas-kemas.#JanganKecamHakak

Friday, 19 February 2016

Bento yang comel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

U olzzz penah ke dengar word 'Bento'?Yan kira secondtime lah dengar bento ni.Bento ni adalah menu yang popular dijepun.
" Bentō (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera "
Bento adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi berikut lauk pauk dalam kemasan praktis yang bisa dibawa-bawa dan dimakan di tempat lain. Sepertinya nasi bungkus, bento bisa dimakan sebagai makan siang, makan malam atau bekal piknik.
Ok... Bento rupanya bekal seperti nasi yang complete dengan lauk pauk. Pada pemahaman yan juga, ciri-ciri bento juga harus melibatkan penyediaan makanan seimbang atau complete dengan zat atau nutrisi makanan termasuk buahan dalam bentuk yang menarik. Hihi.. yan tak pernah lagi bekalkan seperti bento "zaman muda" dulu-dulu Hehe. Tak kisahlah, istilah yang kita guna sekarang, apa-apa bekal dari rumah pon kita panggil "bento".Bento amat sesuai untuk anak-anak yang kurang gemari makan sayur2.Salah satu cara agar anak mudah makan sayur cer cuba setiap pagi sediakan sarapan yang ringkas seperti sayur carrot ke atau apa saja yang anak-anak tak suka makan tu,cuba olah kearah bentuk yang menarik,pasti anak-anak suka.Yang pastinya ia mudah dihasilkan,tak perlula nak cantek-cantek sangat ala-ala kadar pon dah cukup hehe

Yang ni comell olls,i fans Dato Vida ok *Jangan Kecam saya* ;P
Alolo comeynyaaaa
Unik buah epal tu hehe
Ada bran ke nak makan?
My Fav Movie ( Shin Chan )
Hey Arnold !
Gantok pulak tengok bekal camni hehe
Semua bento terlalu comel untuk dimakan,tambah yang bentuk muka-muka cegitu lagi tak sampai hati nak makan hahaa

Credit to : Wikipedia & Mykidsbento

Thursday, 18 February 2016

Pokok kari pun ada kelebihan !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Pokok kari, tahukah awak-awak semua pokok kari ini yang daunnya diguna dalam masakan kari, tetapi selain itu tahukah anda tentang kelebihan daunnya?

Fakta dari seorang pakar pemakanan/ nutritionist, Dr.Romzey, beliau membongkar rahsia daun tersebut. Menurut beliau, kita perlukan 5 helai daun tersebut, dimakan,kunyah, dlm sehari sudah cukup supply calcium utk badan kita utk sehari.

Fakta ini sengaja di diamkan atas dasar business, pharmaseutikal yg besar, ubat ubatan makanan tambahan, mereka takut business mereka down, maklomlah pada pendapat saya seperti org tak beli dah susu anlene, utk penjagaan tulang, bayangkan untuk tulang kita hanya perlu makan 5 helai daun kari sebagai rutin harian. Contohnya, lihat di India, org susah, tak cukup duit, tapi gigi putih dan cukup kuat, badan kurus tapi kuat mengangkat barang yg berat berat kerana tulang kuat. Diet mereka, makan kari yang ada daun kari, kueh ada daun kari, muruku ada masok daun kari dan berbagai makanan mereka yg masok daun kari sebagai penambah perisa.Jadi pasni boleh cuba resepi ini,anlene kan agak mahai dipasaran,tak salah sekadar mencuba.Rasa berguna ambil dan baca,rasa tak berfaedah lempar jauh-jauh ke lautan hindi kehkeh

Sumber <Facebook>

Thursday, 21 January 2016

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox kita rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

P/S : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

Monday, 18 January 2016

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser | Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.
1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut
2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.
3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.
4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.
5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.
6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.
7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.
8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.
9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.
10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.
11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.
12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.
13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.
14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.
15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.
16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.
17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.
18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.
19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.
Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.
* Air lemon panas boleh membunuh sel kanser *
Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.
Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.
Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

Sunday, 17 January 2016

Petua Merawat Kuku kaki dan tangan dengan Pokok Semalu.

Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak.

Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air itu ke dalam besen atau baldi, masuk kan kaki atau tangan dan rendam di dalam air rebusan itu.

Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan sebayan' (loghat Kelantan) atau tangan dan kaki 'dimakan' dek air atau istilah saintifiknya, Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki.

Gatal-gatal tangan jenis ini dan juga tangan (keliling kuku) yang agak merah dan bengkak-bengkak (semacam dipenuhi air) - biasa dialami mereka yang banyak 'main air' seperti tukang masak, tukang cuci pinggan dan tukang cuci baju (basuh tangan).

Sumber orang yg memberi petua ini juga adalah pengusaha warung yang setiap pagi memasak pelbagai hidangan untuk sarapan dan juga makan tengah hari dan melihatkan tangan (akibat banyak 'main air' dalam proses memasak) dan kakinya, tiada langsung kesan jenis kerja tersebut pada tangan dan kakinya (akibat berdiri hampir sepanjang hari - tiada langsung pecah tumit dan sebagainya!!) - She is a living proof! Petua di ataslah yang diamalkan olehnya selama berpuluh tahun lepas.

Credit info dari : Che Murad Abdullah

Wednesday, 6 January 2016

MAKAN NASI UNTUK KURUS!!

Yang tak nak makan nasi tu ‪#‎jangankecam‬ saya ye..saya nak bagitau utk orang yg nak kurus dan makan nasi je. Tiada paksaan dalam makan nasi. Hehe.

Ramai orang tanya saya boleh tak nak makan bihun, mee, roti atau kuewtiaw utk ganti nasi. Saya jawab lebih elok awak makan nasi. Nak lagi bagus makan nasi perang. Kalau tak ada nasi perang nasi biasa dgn porsi yg betul iaitu sebesar penumbuk awak tu.

Lauk pula, ambil yg tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur. Elakkan makan daging kalau nak kurus. Daging tinggi kalori dan lemak. Masak tanpa minyak dan gula. Masakan yg suggest seperti sup ayam, sup telur, ayam bakar, pais ikan, asam pedas ikan.

Sayur pula yg tidak ditumis. Boleh celur, stim atau buat kerabu.
Sambal belacan, kicap boleh ambil dalam kuantiti sedikit utk penyedap rasa.
Nak buat diet ni berpanjangan kena la sedap ye tak? Kalau x sedap, tersiksa tekak alamatnya tahan 1hari je la.
Pelbagaikan menu setiap hari supaya tidak bosan.
Oh ya. Dalam masakan gunakan boleh gunakan rempah tapi elakkan gula dan serbuk perasa macam chicken stok atau ikan bilis stok..stok ni adik beradik ajinamoto juga. Jadi elakkan ya. Bawang halia serai tu nak letak banyak mana pon boleh.
*picture & resepi credit to team ‪#‎14dayseatcleanchallenge‬.
Selamat mencuba!

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.