https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Sunday, 28 February 2016

KENAPA AKU DIUJI ??

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3 

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??😞 
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??😓
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST & STRESS ???😔
QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Imran : 139

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???😥
QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Baqarah : 45

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???..
QURAN MENJAWAB :

Qs. At-Taubah : 111

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang muk’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???😒
QURAN MENJAWAB :

Qs. At-Taubah : 129

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!..
QURAN MENJAWAB :

Qs. Yusuf : 12

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

InsyaAllah ayat-ayat di atas boleh menjadi pencerahan buat kita semua & selalu ingin menjadi yg terbaik dalam kehidupan..Alhamdulillah......
**Berpesan-pesanlah kamu walau sepotong ayat..
**Bermula satu ayat pasti ada sedikit perubahan di hati..
**Setiap makhluk Allah tidak lepas dari melakukan kesilapan..
**Bermaafanlah sebelum terlambat

Saturday, 27 February 2016

3 Tanda apabila kucing datang pada kita bukan pada orang lain

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pernah tak bila kita tengh makan dikedai,tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita.Kenapa tak pada orang lain?Yan pernah alami situasi macam ni,ada beberapa perkara yang perlu kita tahu kenapa?sebab?dan mengapa kucing datang pada kita..

Yang Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita bahawa hak kita itu bukan semuanya rezeki kita.Tetapi adalah sebahagian rezeki orang lain termasukla kucing mahupun peminta sedekah yang datang pada kita.Sebab itu kita kena berkongsi rezeki kerana pada masa yang sama Allah sedang menguji kita sebenarnya.

Yang Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu,rezeki lain Allah akan ganti dengan yang lebih baik.Sebab 1 kebaikkan yang kita lakukan Allah akan balas 10 kebaikkan @ Pahala.Allah maha mampu serta maha pemurah lagi maha penyayang kerana Allah mampu memberi lebih daripada itu.

Yang Ketiga 

Tanpa kita sedari Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan walaupun sedikit pada kucing tersebut maka sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita.Rezeki itu luas,bukan hanya pada wang,tetapi meliputi semua kehidupan.Ingin iklas memberi,berilah kepada haiwan kerana haiwan tidak pandai ucap terima kasih kepada kita.Ia hanya tahu minta dan makan.Kita yang sempurna akal ni fikir-fikirkan laa..

Thursday, 7 January 2016

Ayah pun nak masuk SYURGA !!


*note: istilah "tanggung dosa" dalam komik ni bermaksud:
-Suami tanggung dosa isteri kalau membiarkan isterinya melakukan maksiat seperti tidak menutup aurat, keluar atau bergaul dengan lelaki ajnabi dan sebagainya. Dok biar je, senang bagi contoh. Kita sebagai guru kungfu, kita pun biarkan anak murid belasah orang lain. Maka apabila kita redha dengan perbuatan itu, dengan kita-kita sekali akan mendapat dosa. Paham?
-Anak-anak dan isteri boleh menjadi tiket untuk suami atau ayah untuk mendapat saham pahala di akhirat kelak.
-Suami dan ayah adalah pemimpin keluarga, dan setiap pemimpin itu akan ditanya akan apa yang dipimpinnya di akhirat kelak. Ingat sonang ke nak jadi pemimpin? Sebab itu hendaklah menjadi seorang pemimpin yang penuh bertanggungjawab!
-Mudah-mudahan Allah redha kita masuk ke dalam syurga dan jauhkan kita dan keluarga kita daripada azab api neraka..
Wallahualam...
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allâh terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
CREDIT : FACEBOOK

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.