https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Tuesday, 22 March 2016

Giveaway Cash RM600 MAC 2016 by Emas Putih


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Friday, 18 March 2016

"Selamat tinggal sayangku..." (T_T)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Haii olls,masih kah ingat entry yan pasal henset yan yang note 2 screen retak tu?Ok yan dah pusing-pusing area kangar cari kedai yang paling murah dalam perlis ni  untuk baiki screen yang retak ni.Alhamdulilah yan dah dapat kedai tu tapi kannnnn tak dak pun sebenarnya harga paling murah semua harga lingkungan Rm 250 +.Oh ya henset yan ni kan retak pada lapisan screen pertama je bukan LCD lapisan paling sensitif tu tapi yang lapisan yang atas saja.Untuk pengetahuan awak,yan beli samsung ni tak dapat pon tempered free kena pasang sendiri.Itu sebabla bila kena lempaq henset tu berlaku keretakan pada screen,kalau LCD yang rosak huiii nahaiiii.Syukur la sebab rosak dekat screen saja bukan LCD.LCD tu yan ada tanya jugak,berapa kalau nak tukar kan,lepastu banyak-banyak kedai yang pergi tu,satu ja kedai yang cas Rm 700 +.Kedai lain semua Rm 500 dan kebawah.Kedai yan pergi baiki ni kedai kat sederet Klinik Dr.Othman *Orang perlis tahu* iaitu kedai celcom,sini saja paling kurang cina tu kasi diskaun Rm 260.Ollss RM 260 taw !!Bagi yan murahla sebab kedai lain tak dapat la harga ni.Murah sebab apa?sebab yan mintak suruh dia pasang sekali dengan tempered glass.Mana nak dapat harga tu?Mula mintak dia tak nak bagi,dy kata total semua rm 300.Yan mintak jugak-jugak sampai dapat dah bosan gamaknya dia pon kasi laa Rm 260 diskaun termasuk harga pasang untuk tempered glass.Satu tempered glass original berharga Rm 45 *Kualiti terbaik*.Harga untuk baiki screen saja Rm 255.So kalau total dua-dua tu tanpa diskaun dah Rm 300.Jadi dah dia bagi diskaun yan save Rm 40 kt situ.

So tadaaaa akhirnya hehe.
 
Tapi ada jugak yan survey lama jugak la keluar semata cari tempat tuk baiki benda alah ni.Ok ada satu kedai ni jual aksesori untuk iphone.Yan tanya dia boleh ke terima untuk baiki model samsung,dia balas boleh tapi kena cas Rm 250 nett makna harga lebih mahal lah lagi huhu.Awad tak taw mahai sangatt nak tukaq benda alah ni huhu.So dah boleh guna seperti biasa tanpa terganggu pandangan hihi.

*Aunty tu cakap "Brand samsung memang mahai maa"hmm yela aunty janji henset ni bertahan lebih lama lepasni.Memang selamat tinggal sayangku kepada Rm 260 tu (T_T) Pergila dengan sejahtera kepada tuan baru,aq lepaskan kau dengan hati yang ikhlas hahaha *Gurau*

Thursday, 17 March 2016

Alhamdulilah perjalanan baru dalam hidup

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulilah akhirnya berjaya dapat kerja.Inilah permulaan perjalanan yang baru.Merata hantar resume tapi satu pon tak lekat.Dan tady dapat panggilan dari sebuah syarikat swasta mengatakan yan diterima untuk berkhidmat dengan syarikat depa.Ya Allah gembira gilaa.Masa pergi interview tu ada 2 kekosongan jawatan sebagai kerani untuk bahagian GST dan Akaun.Yan tak dak sijil diploma / degree maka yan guna sijil STPM dan nak dikatakan rezeki dapat kerani tu dan di letakkan dibahagian GST.Banyak tempat yan cuba mencari kerja tanpa mengenal erti penat lelah *poyo* hantar resume pusing satu negeri perlis tapi tak dapat walaupun syarat kebanyakkan tempat tu memerlukan sekurangnya diploma tetapi yan tetap cuba.Sebab syarat minima kena ada diploma.Peluang guna sijil STPM agak tipis masa yan mohon huhu

Itula yan selepas abih STPM yan dapat tawaran sambung belajar tapi disebabkan kena jaga tok yan yang sakit tu yan terpaksa lupakan keinginan nak sambung belajar seperti pelajar lepasan STPM yang lain.Dekat dua tahun la jugak yan duduk rumah sambil tu yan join business partner dengan sahabat yan.Tak sia-sia la usaha yan selama ni naik turun cari kerja dengan keadaan sekarang yang agak susah nak dapat kerja.Motif yan cerita kat sini,tiada yang mustahil untuk malas bekerja.Rezeki Allah tu luas,atas usaha diri sendiri dapat memajukan diri.Lagipun yan sarankan mana yang lepasan STPM tu kalau tak dapat sambung mana-mana uni under kerajaan awak jangan putus asa,awak boleh apply under swasta.belajar la selagi masih muda.Kerja semakin lama semakin mencabar.Jika diberi peluang guna sebaik mungkin.Setakat Stpm tu semakin lama kedepan nanti dah tak laku sebagai contoh tengok pmr dengan spm macam mana.Kakak yan suka bagi ayat ni "Belajar STPM untuk sambung study".Stpm ni agak sedikitla peluang pekerjaan berbanding orang yang ada dip/dig.Rata-rata pekerjaan memerlukan sekurangnya dip dizaman penuh cabaran ni.

P/S:Isnin ni lapor diri ditempat kerja baru alhamdulilah.Nak tahu tak tempat yan kerja nanty ni dekat sangat dengan rumah  tak sampai 5 minit dah sampai tempat kerja hehe.

Segmen Cek Ungu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(a) Warna kegemaran Cek Ungu
Warna kegemaran cik ungu kan mestila wana ungu sebab blog cek ungu pon ungu,tulisan kat banner pon ungu,baju cek ungu masa kawen pon berwana ungu,jadi jawapan yan UNGU ! :D.Nak teka makanan faveret gak,makanan faveret cek ungu mesti buah yang berwarna ungu seperti terung*ado je terung hijau hehe*.Sedap oww terung tambah terung yang dibakar atas dapur lepastu potong kecik-kecik kemudian cicah aiq asam hehe.*Ok lari dari soklan muehehe..jangan marah ea*

(b) Bulan dan tahun Cek Ungu kawen
Cek ungu melangsungkan majlis perkhawinan pada bulan december tahun 2011 iaitu 9 haribulan 11 nikah,kemudian sanding pada 10 aribulan 11 diampang.Maap culik pic sis hehe minta kebenaran culik pic ni ea.Selamat pengantin baru sis,dah hampir 6 tahun (2011-2016) sis berumah tangga,semoga perkawinan sis dengan husband berkekalan hingga ke jannah dan diberkati oleh Allah S.W.T.InyaAllah amin.


Tag 1 , 2 & 3

Wednesday, 16 March 2016

Screen HP Retak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam olls,sapa tahu harga untuk menukar screen yang retak untuk Samsung Galaxy Note 2?Berapa Rm eh?Punca dy anak buah baling kena pintu bilik sampai retak,mengamuk kes main game ja.*Saja pon acu hampa duet banyak* (T_T) Pasni no excuse nak kasi pegang henset ni lagi.Nak marah pon tak guna kita sendiri yang gatai bagi so nak salahkan sapa?budak tu?Depa bukan taw apa..Dengar kata Ratus2 jugak smpai Rm 600 + betul ke?Huhu ada yan baca dalam google ada pengguna tu sama naseb dengan yan tapi dy repair dapat harga rm 140 saja tukar benda alah ni tapi area peneng la.Jadi harga sebenar berapa eh?Kalau mahai sampai macam tu sekali alamatnya tak tukar dah gamaknya..naseb ada satu lagi ni sebagai backup kalau tak mana nak cekau money beli sebijik lagi yang baru huhu..Sebelum yan tanya pada awak semua,yan dah kaji dah cari dalam google tapi nak kepastian saja benar atau tak..:) Btw menangis kita dihujung bucu katil (T_T)

*Jangan bagi tips suh tukar phone (T_T).I setia tahu pada yang satu hehe*
Kau retak seperti retaknya hatiku pada mu hmmm
 

P/s:Jadi kes retak seribu ni,i dah serik i dah pasang tempered glass screen protector pada satu lagi henset yan.Tak rela ceq nak kuaq ratus2 semata untuk tukar benda alah ni.Sediakan payung sebelum retak (T_T).Henset ok tak dak masalah kesihatan lain,tapi rasa rimas sebab wujudnya natang retak kat screen ni..mengganggu penglihatan betul 

Tuesday, 15 March 2016

MigrainKah Aku?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tengah malam semalam,pertama kali rasa macam tetiba terasa berdenyut semacam je di kepala masalah bukan kepala saja tetapi tangkap sampai ke mata rasa macam nak terkeluar biji mata sakit yang amat sangat.. oh mannn rasa macam something ada melekat kat kepala nih.. tak boleh tahan terus cari panadol,aduhaiii malangnya nasib panadol ada dalam bilik mak ayah sekali bekas ubat (T_T) ayah pon demam myb faktor cuaca yang agak panas sekarang ni.Yan nak ketuk pintu asa bersalah sebab dah pukul 3 4 pagi tak kan nak ganggu depa kan huhu ya Allah, hanya tuhan yang tahu.. puas di picit-picit, ketuk-ketuk pala di dinding *Tipu je*di tekan-tekan kepala nih untuk redakan sakit.. mulut dah jampi serapah baca memacam..

Ini kali pertama yan rasa sakit macam tu.. kalau dulu nak sakit kepala pon hanya rasa macam berat je.. tandanya otak perlukan rehat.. ini tandanya apa?? nak suruh hempuk kat dinding?? Sekrang masih lagi terasa sakitnya kepala otak ni berdenyut2 tapi kurang dah sikit daripada semalam..Good Night *Dah insaf nak neno awai*

Sunday, 13 March 2016

2nd Mini Giveaway by Tashira

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Myliferia March Giveaway Bonanza

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Hadiah Top Commentator
Klik Banner
Giveaway ini bermula daripada 1 Mac 2016 sehingga 31 Mac, 11.59 pm

GIVEAWAY DAN SAMPLE PERCUMA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
TARIKH TUTUP PADA 29 MAC 2016

Barang idaman hati : BARANG MANDIAN


Giveaway ini dijalankan sempena hari jadi akak kita ni hehe.Untuk sis Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-33 tahun pada tahun ini,semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik,rahmat,barakah juga lindungan kesihatan,hidayah dan redhaNYA.Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..
Waktu berjalan tiada henti..Mengiringi bulan dan juga mentari,yang terbit setiap hari..Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari ..Hingga saat ini..Selamat hari jadi !!
Yan nyanyi sikit untuk sis hehe.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. !!!! 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO KAK IRIS MYRA...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...!!!

Nah untuk sis..awwww craving tengok kek ni..

G I V E A W A Y by Ros Nordin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Saturday, 12 March 2016

Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Kata-kata murni hehe 

"Kejayaan adalah suatu perjalanan bukannya suatu destinasi"

Tag : A , B , C , D & E

Voucher MBO untuk dilepaskan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salam haii olss,Yan nak tnya kepada sapa2 yang berminat dengan voucher ni boleh Pm yan kat Fb.Yan dapat ni semasa menyertai GA dari sapa tah huhu lupa dah.Lepastu tujuan yan nak lepaskan adalah kerana voucher ni lambat sampai ke tangan yan walaupun tarikh diumumkan pemenang dah lama diumumkan.Kalau minggu lepas dapat ok la sebab ramai kawan-kawan yan balik sini minggu lepas ingat nak ngajak ler geng-geng tu tengok wayang tapi dah lambat semua pakat sambung study dah maka tak dak geng dah nak ngajak.Lagipun minggu depan sampai hujung bulan jadual yan full sibuk mengalahkan sebagai seorang student kahkah.Dari membazir yan nak kasi secara free kepada u olls,yan ada satu ni saja sapa cepat dia dapat ye ^^.Valid voucher ni 31/3/2016.Kalau nak sampai cepat awak terpaksa bayar poslaju la dalam Rm 4 untuk semenanjung,kalau sabah serawak yan tak pasti*Yan guna sampul poslaju insyaAllah dalam dua tiga hari sampai*.Kalau nak free pon boleh tapi kena tunggu lama sikit  myb dalam dua minggu baru sampai voucher ni ke tangan awak.Tujuan yan bagi bukan tak sudi terima voucher ni tapi masalah waktu yang semakin hari semakin sibuk jadi masa agak terhad sikit huhu.Terima Kasih kepada pemberi tersebut :) Lekaih Pm.

Oh yaa kalau cakap kenapa yan tak tolong bayarkan je kos penghantaran?Ok yan boleh support tapi dengan syarat yan nak orang tu betul2 susah tak mampu nak bayar dan teringin sangat nak tengok wayang.Itu yan akan support kos pengeposan,ni kalau ari-ari engkau makan makanan hipster,pakai ipong sampai ribu riban tak kan tak leh korban sikit rm 4 untuk pos,yang untung awak jugak dapat tiket sampai Rm 16 free lagi haaa.Yan tak ambik untung sesen pon hasil "gadai" voucher ni hakhak.Hyep tak nak ke?boleh tengok boboiboy dgn kungfu panda kod kat wayang hehe.Jadi Pm Kat Fb ye kalau berminat.PASTIKAN U OLLS MEMPUNYAI AKAUN CIMB senang boleh tranfer ganjil :)

Friday, 4 March 2016

Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Giveaway Holiday Bersama Mak Long!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Segmen Bloglist By Aina

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Bags Giveaway By Penselduabee

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

MINI GIVEAWAY 2016 BY HANI RAHMAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tuesday, 1 March 2016

Kucing tertua didunia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Kucing tertua didunia ini diberi nama Corduroy, meow yang berusia 27 tahun.Jangka hayat seekor kucing normal majoriti dapat mencapai umur 11-12 tahun.Ada juga fakta yang mengatakan Kucing yang hidup di dalam rumah (indoor) biasanya berumur lebih panjang dibandingkan dengan kucing yang hidup di luar rumah (outdoor/stray cat). Kucing indoor dapat mencapai umur 16 tahun, bahkan ada yang mencapai 20 tahun. Rata-rata kucing outdoor maksima berumur 8 tahun.


Fakta menarik Umur kucing boleh dibandingkan dengan umur manusia

Ada beberapa versi perbandingan umur kucing dengan manusia, iaitu :

  • 1 tahun umur kucing = 6 tahun umur manusia. Jadi bila kucing tu berumur 7 tahun, ia seumur dengan orang berumur 42 tahun.
  • 1 tahun pertama, kucing setara dengan manusia usia 15 tahun. Tahun seterusnya 1 tahun usia kucing  sama dengan 4 tahun umur manusia. Jadi kalau contoh kucing tu berumur 7 tahun, ia setara dengan manusia berumur 15 + (6 x 4)=15 + 24= 39 tahun.
  • Ada juga yang menyatakan 1 tahun pertama, kucing sama dengan manusia usia 20 tahun. Tahun seterusnya 1 tahun usia kucing sama dengan 4 tahun umur manusia. Jadi kalau contoh kucing tu berumur 7 tahun, ia setara dengan manusia berumur 20 + (6 x 4)=20 + 24= 44 tahun.
Faham ? Tak faham kaji matematik hehe.Jom usha pic kucing yang tertua bernama Corduroy yang comel XD









Credit : Dunia Kucing Kampung

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.