https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Monday, 29 February 2016

Menang GA dari Cik Akak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Gambar tiada kaitan haha
Sudah dikreditkan ke dalam akaun yan alhamdulilah ^^
Review arini menang ga dari blogger cik akak.Tak mampu nk ungkap kan melainkan ungkapan alhamdulilah syukur kehadrat illahi ada rezeki menang GA cik akak.Memang tak sangka sangat tengok senarai pemenang kat2 list tu agak keciwa gak hehe nama tak dak kat situ,pastu scroll bawah2 lagi tengok sapa peserta bertuah menang rm 100 tu,slow ja scroll dengan bismillah sekali haaa Ya Allah terima kasih diatas rezeki mu huhu excited sampai terlupa nak masak tengahrai hehe.Untuk penaja rasmi ga iaitu cik akak,yan mendoakan semoga cik akk dimurahkan rezeki selalu dan semoga Allah merahmati hidupmu..:* *Muah ciked* hehe.Inila yang dikatakan tuah ayam nama dikaki,tuah manusia tiada siapa yang tahu :) Tahniah juga kepada semua ^^

Sunday, 28 February 2016

KENAPA AKU DIUJI ??

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3 

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??😞 
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??😓
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST & STRESS ???😔
QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Imran : 139

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???😥
QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Baqarah : 45

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???..
QURAN MENJAWAB :

Qs. At-Taubah : 111

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang muk’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???😒
QURAN MENJAWAB :

Qs. At-Taubah : 129

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!..
QURAN MENJAWAB :

Qs. Yusuf : 12

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

InsyaAllah ayat-ayat di atas boleh menjadi pencerahan buat kita semua & selalu ingin menjadi yg terbaik dalam kehidupan..Alhamdulillah......
**Berpesan-pesanlah kamu walau sepotong ayat..
**Bermula satu ayat pasti ada sedikit perubahan di hati..
**Setiap makhluk Allah tidak lepas dari melakukan kesilapan..
**Bermaafanlah sebelum terlambat

Betul ke ni blog aku ? (T_T)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Hehe tajuk macam apa tah erkkk,apa kaitan dengan tajuk tu dengan blog?Yan rasa kan sejak dua menjak ni macam blog ni bukan blog yan hehe.Kenapa?Sebab hari semakin hari pageview meningkat wowww amazing *Lap air mata*terharu sangat jarang nak capai 1k pageview dalam satu hari,selalu sebulan sekali..Ke memang bukan blog yan ?hahaha.Apa apa pon yan mengucapkan ribuan berbanyakk banyakkkk tq pada visitor yan yang hari-hari datang jenguk yan yang kadang-kadang tenggelam timbul lemas dek kekosongan akal nak berkongsi dengan u olls yang dihormati sekalian huhu.Harap sangat awak datang hari-hari eh sebab nak merealisasikan impian PV yan 1Juta hehe :D

Terima kasih semua,pasni yan akan cuba lekatkan diri pada blog ^^

Saturday, 27 February 2016

3 Tanda apabila kucing datang pada kita bukan pada orang lain

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pernah tak bila kita tengh makan dikedai,tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita.Kenapa tak pada orang lain?Yan pernah alami situasi macam ni,ada beberapa perkara yang perlu kita tahu kenapa?sebab?dan mengapa kucing datang pada kita..

Yang Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita bahawa hak kita itu bukan semuanya rezeki kita.Tetapi adalah sebahagian rezeki orang lain termasukla kucing mahupun peminta sedekah yang datang pada kita.Sebab itu kita kena berkongsi rezeki kerana pada masa yang sama Allah sedang menguji kita sebenarnya.

Yang Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu,rezeki lain Allah akan ganti dengan yang lebih baik.Sebab 1 kebaikkan yang kita lakukan Allah akan balas 10 kebaikkan @ Pahala.Allah maha mampu serta maha pemurah lagi maha penyayang kerana Allah mampu memberi lebih daripada itu.

Yang Ketiga 

Tanpa kita sedari Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan walaupun sedikit pada kucing tersebut maka sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita.Rezeki itu luas,bukan hanya pada wang,tetapi meliputi semua kehidupan.Ingin iklas memberi,berilah kepada haiwan kerana haiwan tidak pandai ucap terima kasih kepada kita.Ia hanya tahu minta dan makan.Kita yang sempurna akal ni fikir-fikirkan laa..

Sesi Mengenali Ahli Blogger

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Klik Banner

Arini free maka nak tunaikan mana yang tertangguh tu dengan menjawab soklan yang ditag oleh owner Segmen sesi mengenali ahli blogger.Dah lama dah adik nabila ni ngajak join tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan maka tertangguhlaa nak join segmen ni.Segmen ni berlangsung sepanjang 2016 tujuan ditubuhkan adalah untuk mengenali dengan lebih rapat antara blogger dengan blogger yang lain tidak kirala blogger tu newbie ke lama ke kita tetap adalah sebuah family walaupun dialam maya.

Soklan Pertama : Impian anda terhadap blog anda

Impian yan terhadap blog ni adalah berharap agar blog ni sentiasa memberi manfaat serba sedikit kepada orang lain agar bila yan dah tua nanti kan boleh jugak laa bagi "harta" ni kat anak cucu melihat apa nenek mereka buat masa zaman muda-muda dulu hehe.Tujuan utama adalah berharap blog ni berkekalan la sampai bila-bila jangan blogspot buat pangai sudah *terdey daii* jugak kang.*Gurau*
Selain dari itu,yan berharap satu hari nanti blog ni mencapai 1 juta pageview.Nak capai impian ni kena hajin hapdate blog selalu,mampu ke mak timah lakukan huhu *Doakan laa*.Lari sikit dari soklan,macam mana awak masukkan blog awak dalam paper eh?Nak jugakkkkkkkkkk (T_T)

Soklan Kedua : Biodata diri

Nama sebenar yan ialah Izyan Athirah Binti Jelani.Kenapa nama blog izyan cinnamon?izyan datang dari nama sendiri,cinnamon tercetusnya idea ada satu game ni dalam facebook nama "cinnamon" diberikan nama kepada satu haiwan ni hamster kalau tak silap yan lepastu terfikirla macam sedap kalau combinekan kepada izyanyancinnamon.Mesti orang akan ingat asal cinnamon ingat kulit kayu manis je hehe.Yan lahir di negeri Perlis Indera Kayangan.Berumur 21 Tahun pada tahun ni (2016).Pernah memenangi dalam beberapa acara anjurkan negeri perlis ketika masa dulu dan juga pernah mewakili negeri dalam pertandingan reka cipta dari barangan terpakai dan menang tempat pertama.Tarikh lahir saya 06 / 01 / 1995,Yan anak paling bongsu daripada tiga adik beradik,yang sulung kakak dan yang kedua abang semua dah kawen kecuali yan ja yang masih bujang.Yan mula berblog pada jun 2011 masa tu masa budak hingusan lagi.Idola yang tercetus yan sampai ke arini tentang blog adalah kak Lyssa Faizureen.Dia adalah sumber inspirasi yan dalam dunia blog ni,dia memberi tips serta tutorial dalam membina blog dari yan newbie sampailaa jadi macam sekarang.Terima kasih kak lyssa buat tuto tu,yan belajar buat blog pon berpandukan tutorial dia.Lama kelamaan makin mahir dah hehe.

Soklan Ketiga : Ajak Blogger lain sertai

Nak ajak sapa eh?yan nak ajak semua yang mana terlibat dalam blogspot menyertai segmen ni.Tag satu dua macam tak puas gak eh sebab sikit yang yan boleh kenal huhu,sekarang yan tag semua sapa yang tengah baca entry yan sekarang ni hehe..Awak join tawww *Tium Ciked*.Awak join yan bagi coklat parero rocel lima bijik kat awaaaa XD

Soklan Keempat : Cara menghubungi

Fb : Izyan Athirah Binti Jelani
Emel : Izyanyancinnamon@gmail.com
Wassap : 01*-******* (Nak full mintak dalam fb insyaAllah akan dikongsikan hehe)
Wechat id : IzyanJelani (Tapi tak leh add sebab private kehkeh,kalau nak tinggalkan id awaaa kat ruang komen yan add awaa)*Kalau nak laa tak nak kongsi xpe ceqqq xmo kawannn hmmm*hehe 

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
PETUA 1 (Asam Jawa)
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA 4 (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

PETUA 7 (minyak kelapa)
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)
Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Haii tq pada yang tag yan pasal benda ni huhu.Ada masa sikit ni yan jawab ye yang awak tag tu hehe.Sis Opi , Pheaa & Ana Fatihah.Yan jawab dalam bahasa melayu eh agar mudah difahami oleh lapisan masyarakat yang tak semua faham penggunaan bahasa inggeris walaupun soalan dia berbahasa omputeh.

25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

1-Bila mendapat sesuatu daripada orang tersayang tanpa disedari seperti birthday suprise terutamanya.Tapi boleh bilang baru berapa kali hehe

2-Yan akan gembira lompat-lompat bila sesuatu yang dibuat itu berjaya terlaksana

3-Orang disayangi sentiasa disisi

4-Gembira mendapat hadiah terutama menang kontest dalam FB mahupun Blog

5-Tumpang gembira bila tengok orang lain tersenyum dah buat hati ni gembira sangat-sangat hehe

6-Gembira bila yan berbuat baik pada orang lain walaupun orang tu perangai cam *longkang* yan masih cool janji masing-masing jaga tepi kain sendiri tak kacau periuk nasi belanga orang haha

7-Gembira bila mengarang dan menghias blog mengikut citarasa sendiri

8-Makan 

9-Gembira bila orang anjurkan open table mengenai makanan kehkeh *makan free kedepan*

10-Gembira serta berpuas hati bila main masak-masak berperang didapur lepastu semua orang mampu makan,maknanya memang sedap *Masuk bakul*

11-Bersiar-siar dengan kawan bila masing-masing cuti panjang

12-Bercuti

13-Gembira jika masih dapat duit raya huhu

14-Gembira jika memiliki keluarga sendiri

15-Gembira + Tension bila kekasih hati yang acah-acah lawak tu wat lawak haaaaaa stress kita dibuatnyaa 

16-Gembira jumpa kucing tepi jalan serta berkongsi rezeki dengan kucing

17-Gembira bila berjaya mengembirakan ibu bapa

18-Tidur hobi paling gembira hahahaha

19-Dapat ipong sebijik *hambek ko*

20-Gembira apabila berniaga

21-Gembira apabila kucing bermanja dengan kita

22-Gembira kerana masih diberi nafas sehingga ke harini

23-Gembira apabila dilindungi

24-Gembira apabila semua benda percuma

25-Gembira apabila tiada ditimpa masalah

~Settle~

My Faveret happy qoutes
"FORGET ABOUT WHAT HAPPEN TOMORROW..JUST DO IT AS YOUR OWN SYTLE..THEN HAPPINEST WILL FOLLOW U ALL THE TIME.."

Tag mereka A , B , CD . & E

Friday, 26 February 2016

Menang GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER by Vanilla Freak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 Alhamdulilah rezeki dipagi jumaat yan dapat Voucher free dari GA Vanilla Freak yang dah lama idam nak dapat voucher ni hehe.Kali ini dapat jugak satu ^^.Terima kasih kak Alia @ Mak Jem bagi peluang serta berkongsi rezeki dengan orang lain hehe.

Nilaa yang yan menang kak alia bagi sorang satu kepada 4 orang yang betuah :)
Apa yang menarik tentang voucher ni?Sampai menjadi kegilaan hakak yan ni hehe.Keistimewaan voucher ni setahu yan kita boleh tebus voucher ni dimana-mana cinema yang mempunyai MBO.Tebus apa?boleh tebus makanan dengan tiket wayang sekali.Kira free gitueww.Contoh kalau harga yang kita nak tu melebihi rm 16 keatas so kita just add money sendiri laa.Kira voucher ni setakat Rm 16 saja lebih dari tu sila tambah duet sendiri ye :) Tapi pastikan cukup-cukup Rm 16  taw sebabnya kalau beli something yang tak tak capai harga Rm 16 mean bawah Rm 16 wang baki tidak akan diberikan so melepas kerugian disitu.Bolehlaa lepas beli popcorn air pepsi kann hehe.Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur GA MBO CINEMA VOUCHER.

Thursday, 25 February 2016

Ilmu Baru yang ramai tidak tahu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Ooo baru ceq tahu selama ni | Apa yang faham yan oii?dak ni baru tahu rupanya kalau tangki minyak kita dah sampai E bukan bermaksud minyak dah abis tapi rupanya ianya bermaksud enough dalam bahasa malayu CUKUP.Patutlaa yan rasa bila dekat E ni boleh jalan lagi antara kangar-arau.Nak kupasan lagi?Baca perkongsian dari sahabat kita Zulhisham Tokasid.Yan copy paste dari fanpage BeautifulNara.com.

"Jangan panik jika indicator fuel anda menyala di julat E"

AUTOMOTIVE ENGINEERING

Menurut Dato' Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) melalui sedutan di radio IKIM FM Isnin lepas :

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi 'E' tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.

2. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

*Nota - Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

kredit Amran A. Aziz

P/S:Kalau yan drive tengok minyak dah E memang hobi dah gelabah biawak tengok meter dok E haha.Saya perempuan normal memang macam tu kehekeh #JanganKecamHakak

Fakta menarik tentang meter minyak

Anak panah pada meter minyak

Kalau ke kiri, maknanya tempat isi minyak anda berada di kiri, kalau anak panah menunjukkan kanan, kat kanan la tempat nak isi minyak tu. Mane la tau.. lupa.

Wednesday, 24 February 2016

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Aiskrim sumi a.k.a aiskrim Malaysia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Sekarang ni viral dalam fb tentang aiskrim sumi-sumi.Dalam cuaca yang hangat lit-lit ni boleh try buat kat rumah,bahan pon tak susah nak cari sampai ke seberang laut semua terdapat dimalaysia*Nama pon aiskrim malaysia* dan semua mampu membuatnya sendiri dirumah.

Modal
Susu pekat Rm 2.09
Susu cair Rm 2.35
Sumi Rm 1.09 X 2
Plastik Rm1.50(guna 30 PCs je)
Air + Gas =Rm 1.00
Total:RM 9.12


Gambar rajah diatas anggaran yang dihasilkan sebanyak 30 batang aiskrim.Kalau nak buat dalam kauntiti yang sedikit boleh kurangkan dibahagian susu pekat takut manis sangat kena potong kaki nanti huhu.Yang lain bahan tu ikut cita rasa masing-masing.

P/S: Yan rasa mesti lagi sedap sumi diganti dengan nata de coco campur air nata tu sekaliii :D

:: Credit To CtYonMan ::

Nampak sangat tak jujur !


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Haiii olls,arini yan nak share sikit laa hasil perkongsian "mangsa" poslaju.Pengalaman ni juga bukan berkisarkan pada mangsa lain tapi yan juga adalah salah sorang mangsa poslaju.Cita ni cita lama laa *tak lama sangat pon dalam 2 week ago* cuma nak throwback sebagai langkah berjaga-berjaga.Kisah bermula apabila masa tu yan sebagai buyer.harga barangan tersebut Rm 42 hinggit (inc pos).Yan bankin rm 50 atas sebab tak dak online bankin masa tu.Jadi si seller tu memang seller yang yan selalu beli kat dia dikira boleh dipercayai laa jugak.So dah settle bab jual beli dengan akk tu maka akk tu pon post dan diselitya sekali dengan wang baki.Semasa sampai ke tangan yan,yan terkejut la jugak mana p wang baki tu?herann takkan kak tu nak menipu kan?So g la tanya sister tu,dan dia siap tunjuk bukti yang dia memang ada menyelit baki tu dalam parcel.*Rm 8 hinggit koo ingat sikit?*.Kak tu pon marah2 sumpah saranah semua ada kat poslaju huhu.Naseb baik la kak tu ganti rugi balik kat yan.Ni semua gara-gara ketidakjujuran poslaju membuka parcel orang.Btw msa sampai kat yan pon barang ada carik sikit kat hujung plastik tu memang tak salah ada yang mencuba *ceroboh* parcel yan..:( Yang heran apa ke *gedik* sangat nak membuka parcel orang? Aihh xjujur betul sakit hati dennn taw..Bawah ni pengalaman mangsa lain yang senaseb dengan yan huhu



Hakak tengok hasil *seni* dah macam kereje cik tikus je huhu
Untuk yang suka menggunakan perkhidmatan poslaju sila berhati2 lepasni.Lagi pula poslaju sudah letak syarat jika barang rosak ke pecah ke bukan tanggungjawab poslaju.So tips yan selalu buat kalau nak pos barang yang agak superb emergency seperti gadget ke sila tulis kat barangan tu kaca ke biskut ke kuih ke apa ke.Nanty pihak poslaju akan letak natang pa tah macam sticker barang mudah pecah tu.InsyaAllah sampai dengan selamat.Kalau boleh sebelum pos baca doala sikit supaya barang tu sentiasa dalam lindungannya,yang lain berserah pada Allah.Kalau boleh jangan balut bagi orang kesan mana nak taw ada yang korek tengok barang dalam parcel.Mahai p laa haa postage janji barangan tu selamat sampai ke destinasi.Balut kemas-kemas.#JanganKecamHakak

Monday, 22 February 2016

First Mini GiveAway MasitaEyta Mencari Followers Yang ke 150 & 10 New Bloglist

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Awesome Birthday Giveaway

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 24/2/16

Friday, 19 February 2016

Bento yang comel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

U olzzz penah ke dengar word 'Bento'?Yan kira secondtime lah dengar bento ni.Bento ni adalah menu yang popular dijepun.
" Bentō (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera "
Bento adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi berikut lauk pauk dalam kemasan praktis yang bisa dibawa-bawa dan dimakan di tempat lain. Sepertinya nasi bungkus, bento bisa dimakan sebagai makan siang, makan malam atau bekal piknik.
Ok... Bento rupanya bekal seperti nasi yang complete dengan lauk pauk. Pada pemahaman yan juga, ciri-ciri bento juga harus melibatkan penyediaan makanan seimbang atau complete dengan zat atau nutrisi makanan termasuk buahan dalam bentuk yang menarik. Hihi.. yan tak pernah lagi bekalkan seperti bento "zaman muda" dulu-dulu Hehe. Tak kisahlah, istilah yang kita guna sekarang, apa-apa bekal dari rumah pon kita panggil "bento".Bento amat sesuai untuk anak-anak yang kurang gemari makan sayur2.Salah satu cara agar anak mudah makan sayur cer cuba setiap pagi sediakan sarapan yang ringkas seperti sayur carrot ke atau apa saja yang anak-anak tak suka makan tu,cuba olah kearah bentuk yang menarik,pasti anak-anak suka.Yang pastinya ia mudah dihasilkan,tak perlula nak cantek-cantek sangat ala-ala kadar pon dah cukup hehe

Yang ni comell olls,i fans Dato Vida ok *Jangan Kecam saya* ;P
Alolo comeynyaaaa
Unik buah epal tu hehe
Ada bran ke nak makan?
My Fav Movie ( Shin Chan )
Hey Arnold !
Gantok pulak tengok bekal camni hehe
Semua bento terlalu comel untuk dimakan,tambah yang bentuk muka-muka cegitu lagi tak sampai hati nak makan hahaa

Credit to : Wikipedia & Mykidsbento

Thursday, 18 February 2016

Pokok kari pun ada kelebihan !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Pokok kari, tahukah awak-awak semua pokok kari ini yang daunnya diguna dalam masakan kari, tetapi selain itu tahukah anda tentang kelebihan daunnya?

Fakta dari seorang pakar pemakanan/ nutritionist, Dr.Romzey, beliau membongkar rahsia daun tersebut. Menurut beliau, kita perlukan 5 helai daun tersebut, dimakan,kunyah, dlm sehari sudah cukup supply calcium utk badan kita utk sehari.

Fakta ini sengaja di diamkan atas dasar business, pharmaseutikal yg besar, ubat ubatan makanan tambahan, mereka takut business mereka down, maklomlah pada pendapat saya seperti org tak beli dah susu anlene, utk penjagaan tulang, bayangkan untuk tulang kita hanya perlu makan 5 helai daun kari sebagai rutin harian. Contohnya, lihat di India, org susah, tak cukup duit, tapi gigi putih dan cukup kuat, badan kurus tapi kuat mengangkat barang yg berat berat kerana tulang kuat. Diet mereka, makan kari yang ada daun kari, kueh ada daun kari, muruku ada masok daun kari dan berbagai makanan mereka yg masok daun kari sebagai penambah perisa.Jadi pasni boleh cuba resepi ini,anlene kan agak mahai dipasaran,tak salah sekadar mencuba.Rasa berguna ambil dan baca,rasa tak berfaedah lempar jauh-jauh ke lautan hindi kehkeh

Sumber <Facebook>

Monday, 15 February 2016

Menang GA dari Nurfuzie (sponsor marsha)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Haii olls,arini nak review saja kemenangan ga dari nurfuzie,yan menang produk shaklee dari marsha.Tengkiu marsha,tq cik en ^^.Untuk pengetahuan semua,yan adalah pengguna produk shaklee selama 4 tahun lebih.Dengan menangnya GA dari cik en,dah lengkap apa yang dihajati.Kebetulan memang salah satu produk shaklee ni di rumah dah abih,alhamdulilah rezeki produk yang nak repeat order yan dapat free.Syukur sangat,dekat situ dah boleh jimat dah hehe.:)

Peminat tegar produk shaklee :D
Paling yan suka lagi,shaklee yang yan menang tu masih baru,tak bukak lagi tarikh expired pun lama lagi*new lagi olls*.Alhamdulilah mujur ada marsha sudi bagi shaklee LECITHIN secara percuma :) Semoga bertambah rezeki marsha amin.Yan makan shaklee bukan sahaja untuk kurus & kulit gebu gebas,tapi adalah demi untuk menjaga kesihatan dalaman jugak,Kebaikkan ia adalah merupakan salah satu produk shaklee yang dapat mencegah dari penyakit kanser selain menambahkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.Kalau nak taw,kandungan shaklee adalah berasaskan soya.Bagi individu yang kurang gemar minum soya,boleh cuba shaklee.Yan sangat2 tak suka soya,tapi sejak mengamalkan produk shaklee ni kurang sikit *kebencian* terhadap soya hahaha.

********************************************************************************
Settle review pertama.
Review kedua dari blogger SHALIMAR

Yang ni dah lama,lupa nak review huhu *maafkan saya*.Yan menang dari GA pada tahun lepas dan yan memenangi sebuah buku diary 2016 oleh shalimar.Buku ni dah penuh dah contengan hehe.Buku sha bagi ni yan buat sebagai buku rekod yan.

Tengkiu sis Shalimar
Review ketiga menang bloglist dari blogger beeha kategori PEMENANG BLOGLIST SEPANJANG HAYAT. No penyertaan #25.Terima kasih sis beeha menganjurkan segmen ini.Ni secara langsung dapat juga masuk dalam bloglist beeha hehe *Sepanjang hayat olls*.Yang lain review yang itu sajalaa setakat ini.Sekian sahaja daripada saya :)

Give Away 2.0

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

GIVEAWAY BIRTHDAY WISHES TO ME AND BLOGLIST 2016 by Noor Akma

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Giveaway ni tamat pada 2 Mac 2016 pukul 01.01am

SELAMAT HARI LAHIR !!!
~ Dari lubuk hati yang paling dalam..Tiada kata dapat kuucapkan untuk menghiasi harimu yang penuh sejarah ini..Dan hanya doa yang mampu kupanjatkan untukmu..Semoga Allah selalu ada dan selalu menjaga dan melindungi dirimu..dengan bertambahnya usia kamu jadikanlah dirimu manusia yang berguna dan tingkatkanlah amal bakti kamu kepada kedua ibubapa..Selamat hari jadi kak akma ,semoga berbahagia kehendakNYA..Aminn :)

HAPPY BIRTHDAY 

HAPPY BIRTHDAY.. !!!! 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...!!!

First Giveaway By Nadia Syamimi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Tamat pada 27 February 2016

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Tarikh tutup: 11.59pm pada 5/3/2016 (Sabtu)

Segmen Bloglist NrlSyazwana

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Tag : A , B & C

FEB - MAC GIVEAWAY; 34 HADIAH!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Giveaway start 15 February till 15 March!!

   "Giveaway ini dianjurkan oleh Nadratul Syazwana dengan kerjasama Sho Fi YanKimchaa,Nurrul NajihaSyaza RaihanahHanis ZulaikhaNur MasitahNuraini NabihahRuqaiyah AmaninaAmirah AzmanWan Syahirah dan Azwar Syuhada ".

Saturday, 13 February 2016

Pageview 200 Ribu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Entri penghargaan untuk hari ini. Nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua readers blog yan yang sentiasa sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ni.
Nombor yang dinantikan sepanjang berblog.Nombor yang cun-cun gittew.Pageview bulan lepas (Bulan satu) cecah 7,289,satu angka yang amat membanggakan bagi yan sebab selalunya bawah 7 ribu *Sadis*.Mungkin buat GA tempoh hari tu pageview meningkat saban hari tanpa diduga.

Terima kasih sekali lagi, especially kepada blogger-blogger yang sentiasa sudi memberi komen di blog ni. Terima kasih juga buat semua silent readers. Majority readers di blog ni adalah silent readers sebenarnya hihi.

Hopefully pageviews ni akan berkekalan.Dan hopefully lebih up lagi. Thanks you all ;)

P/S: Setel semua sudah GA yan,hadiah pon dah setel,pemenang baru lama sudah tuntut.See next GA :) Target 4 tahun akan datang harap boleh capai 1 juta 

Friday, 12 February 2016

#2 GiveAway by My New Blogger

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
11/02/2016 ~ 18/02/2016

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US


#First Giveaway by ShazhonieeK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Tag : 1 , 2 & 3

Cabutan mencari pemenang baru #NYGA2016BYIA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Memandangkan ketiadaan maklumat dari pemenang cabutan pertama,(Entri Pemenang cabutan pertama) maka yan cabut undian kali kedua mengunakan kaedah random.org.(Kategori hadiah misteri)Pemenang baru sila tuntut secepat mungkin ye.Pemilihan ini berdasarkan peserta yang tidak tersenarai sebagai pemenang bagi mana-mana kategori sebelum ni.Jadi jangan cakap tak adil la apa lah ye :) Yan cuba untuk berlaku adil kepada semua.*Pemenang cabutan pertama terbatal serta merta maaf*.Cabutan baru ini dua pemenang baru dicari sebagai mengantikan tempat dicabutan pertama yang tidak menuntut hadiah mereka.(Yang dipotong sudah dipos)




78. http://chasserdedroom.blogspot.my/2016/01/new-year-giveaway-2016-by-izyan-athirah.html


Tahniah kepada pemenang :) Jika tiada lagi sebarang tuntutan hadiah dari pemenang baru,maka akan ada cabutan yang ketiga.Sekian ~ (Last bagi detail 17/2)

* Sila bagi detail seperti NAMA PENUH , ALAMAT LENGKAP & NO TEL *
Ke email saya : izyanyancinnamon@gmail.com

(Ikut format seperti butiran dibawah dengan lengkap dan hantar ke email saya dengan kadar segera)

  1. Tajuk/Subject : Pemenang New Year Ga 2016 By Izyan Athirah
  2. Nama penuh :
  3. Alamat Lengkap :
  4. No Telefon :
  5. Url No Penyertaan :

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.