https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Wednesday, 30 July 2014

Pemilihan contact lens yang betul

Assalamualaikum w.b.t and hello everyone!
Contact lens memang tidak asing lagi bagi wanita masa kini. Kalau ikut peredaran zaman, sekarang ni dah bermacam-macam colour dan pattern contact lens yang dijual di pasaran. Mahu taknya berjam-jam korang duk pilih contact lens yang berkenan di hati. Lagi-lagi Hari Raya Aidilfitri mesti ramai tercari-cari contact lens yang cantik. Tapi nak pakai contact lens bukan sebarangan ok! Banyak procedure yang perlu korang ikut, ini antara yang aku tahu la : (Saja share kot-kot ada new contact lens user hihi)


contoh contact lens, contact lens

Why so pretty? Nak nangis tengok ni :(

  • Pastikan tangan korang bersih sebersih bersihnya. Tak kira la masa nak pakai contact lens mahupun ketika menanggalkan contact lens. [PENTING]
  • Sebaiknya, sebelum beli contact lens, berjumpa la dengan pakar mata untuk memeriksa kondisi mata anda. Kot-kot kena pakai yang power ke? 
  • Mesti tahu water content dan expired date contact lens.
  • Kalau baru beli contact lens, jangan terus pakai sebaliknya rendam dalam lens solution for about 4 hours.
  • Bagi yang bermekap, pakai contact lens dulu baru mekap. Kalau nak pakai ubat mata, jangan pakai contact lens dulu. [Fahamkan betul-betul] Ubat mata ni kira penting sebab kalau korang duk dalam tempat yang berair-cond, takut mata kering. Kang susah nak tanggalkan contact lens tu. Lagi teruk, ada yang sampai melekap kat biji mata o_0
  • Jangan cuci casing contact lens dengan air suling, air mineral, air paip, air sirap, air milo dan sebagainya. Cuci la menggunakan lens solution. *Casing lens kena tukar selepas 3 bulan.
  • Jangan tukar-tukar pakai lens kiri dan kanan. Kalau dah masa mula-mula pakai tu belah kanan, kanan la seterusnya.
  • Jangan tidur dengan contact lens. Kalau nak menyelam, berenang, berendam, berspa apa pun, tanggalkan contact lens tu.


*Tolong betulkan kalau ada yang salah


Haaa betapa banyaknya procedure. Hanya wanita yang berani dan yakin je mampu. Yang cerewet dan gopoh-gapah macam aku ni kena hati-hati sikit haha. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang, aku tengok ramai gila orang jual Kpop Contact Lens (Lens bebola besar tu, yang macam doll). Iyolah siapa taknak? Cantik... Murah pulak tu.  Barang murah siapa tak suka. Aku pun suka barang murah, hihi. Tapi biarlah murah yang tidak memudaratkan. Tapi kena fikir la kesannya.


kesan contact lens murah, kesan contact lens korea, akibat pakai contact lens

Erk tiba-tiba terjumpa ni o_0

So the only one contact lens online yang aku percaya ialah http://www.glassesonline.com.my/ . Yang penting, mereka menjual trusted brand dan 100% original contact lens, bukan fake. Selain contact lens, mereka juga ada menjual cermin mata yang vowwww gitu. Sesuai la untuk beraya dan fashionista di luar sana kekeke. Pastikan korang memilih contact lens yang betul ye. Tapi bagi kita ni, takpayah ler pakai contact lens yang bercolour stricky sangat, kena bahan dengan orang je nanti. Pilih colour yang natural, macam kelabu, coklat, biru gelap atau hitam. Kan kan?


contact lens online, contact lens, contact lens cantik

Sumber dari:Amalina Lee

Monday, 21 July 2014

Just For My Future Husband

Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;
Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…
Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…
Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…
Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…

Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…
Dari kata hati seorang wanita :
Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…
Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…
Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…

"Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu."

Tuesday, 15 July 2014

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Harga baru terkini Lesen kereta (Kelas D) dan Motor (Kelas B2) naik lagi mulai 14 Julai 2014. Seperti sedia maklum, pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) telah dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014 dan berkuatkuasa diseluruh institusi memandu seluruh negara. Untuk pengetahuan, format baharu kelas memandu merangkumi penambahan 3 elemen utama dalam kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian komputer yang telah dinaiktaraf. Sehubungan itu, harga semasa lesen memandu bagi kelas B2 dan D juga telah dinaikkan berikutan penguatkuasaan format terbaru lesen memandu tersebut.

Senarai Harga Baru Lesen Kelas D (Kereta Manual)

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Senarai Harga Baru Lesen Kelas B2 (Motorsikal)

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Format Baru Lesen Kereta Dan Motor Mulai 14 Julai 2014 

  • Penambahan Modul Kelas KPP merangkumi tiga teras atau tiga elemen utama. 
  • Buku Teks KPP Baharu/ Sukatan pembelajaran terkini 
  • Kelas modul KPP Kereta dan Motosikal telah diasingkan. 
  • Ujian komputer juga berbeza untuk kereta dan motosikal. 

Maksud KPP: Kurikulum Pendidikan Pemandu 
Harga Terkini Lesen Kereta Dan Motor Mulai 14 Julai 2014 

  • Lesen Kelas D (Kereta) – RM 1300 akan naik ke RM 2000 Lesen 
  • Kelas B2 (Motor) – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050 
SUMBER MAKLUMAT

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.