https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Friday, 22 November 2013

Ulat Tinggal Dalam Tapak Kaki Orang



Ha macam mana perasaan anda semua bila tengok gambar di atas?? Jangan sampai termuntah dah la. Ni kisah benar tau bukan rekaan atau gambar yang diedit. Kisah benar ini telah berlaku kepada seorang pesaikt kencing manis yang dah tahap kronik ni.

So pada korang semua mulai hari ini berjaga-jaga la dengan makanan yang korang ambil jangan la main belasah je, Ingat!! klau tak nak kisah benar macam gambar dekat atas tu benar-benartejadi kat anda ambik la ni sebagai iktibar ok.



Monday, 18 November 2013

Just For My Future Husband

Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;
Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…
Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…
Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…
Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…

Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…

Insya Allah…

Dari kata hati seorang wanita :


Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…

Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH… Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada… Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan… Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA… Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya … Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina… Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…

"Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu."





Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.