https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Friday, 14 June 2013

Kenali kelemumur dan bahayanya.

Saya sering mengalami kegatalan dan kelemumur di kepala. Saya sudah puas mencuba pelbagai jenis syampu dan rawatan kepala. Benarkah perkara ini disebabkan masalah stres? Mohon penjelasan daripada doktor.

Murni, Kedah




Jawapan

Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia.

Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.

Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Masalah kelemumur ini juga boleh disebabkan jangkitan yis malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Namun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.

Elok berjumpa dengan pakar dermatologi (pakar kulit) bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami.
[Sumber:Dulu dan kini]

Tuesday, 4 June 2013

Manusia Kekal Hidup Dengan Separuh Badan

Peng Shuilin mempunyai badan separuh sahaja namun masih hidup hingga sekarang.Beliau telah di langgar oleh sebuah trak dalam satu kemalangan jalanraya yang mengerikan.
Hampir separuh badannya telah di potong semasa pembedahan untuk
menyelamatkan nyawanya.Lelaki berusia 37 tahun ini mengkagumkan pehak hospital.Beliau mempunyai semangat yang kental untuk terus hidup.
Hanya mengambil masa dua tahun untuk sembuh sepenuhnya.Dan kini beliau telah membuka sebuah Pasar Raya Jualan Murah yang di namakan "Half Man Kedai Separuh Harga" untuk meneruskan sisa-sisa kehidupannya.
::Credit to:beautyofislams::

Saturday, 1 June 2013

Wordless Saturday #1: Funny Drivers

Assalamualaikum,arini saya just kongsikan beberapa keping gambar yang dicopy paste dari pelbagai sumber,motif gambar adalah untuk santai-santai sahaja dihujung minggu.Gambar tersebut mungkin berlaku secara tidak sengaja ketika disnap atau mungkin juga diedit menggunakan photoshop.Jadi saya sendiri pun tak tahu saya hanyalah berimaginasi sahaja,diharap dengan adanya photo-photo dibawah ni dapat mengurangkan stress dikala anda sedang bersedih atau apa jua keadaan..Selamat bersantai-santai..:)

Wordless Wednesday #6 Funny Drivers -2
shhh.. wordless saturday punya cerita :D !...
Wordless Wednesday #6 Funny Drivers -1
::Image source from Waazin ::



Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.