https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Friday, 19 April 2013

Contest Blog Super Kawai by Bubu

Assalamualaikum,arini korang bosan tak?tak tahu nak buat apa?jom kita join kontes nak tak?,contest ni dianjurkan oleh hello buu,sebenarnya lama dah yan tengok ramai yang join,jadi agak tertarik dengan contest nih,so mulalah mood nak berkontest.jadi meh join cepat-cepat sebelum tamat tarikh contest..:)Tak salah bukan kalau kita mencuba,belum cuba,belum tahu,ye tak??
Cuba p lah kan,walaupun blog yan ni tak serupa kawai,tak bermakna kita tak leh mencuba nasib,klau ada rezeki,alhamdulilah..yang paling penting niat biar iklas,menang atau kalah dah menjadi lumrah adat dalam permainankan?hakhak..:)
Berminat?Klik banner..manalah tahu kod2 ada rezeki musim2 hujan lagu-lagu nih :)
Ni bukti dah mengikut semua syarat2.. :)
Tag:: Wawa | Ierah | Najwa & Ryna

Expired date: 30 April 2013

Saturday, 13 April 2013

Semakan tawaran kemasukan ke tingkatan 6


Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bawah Sesi 2013/2014
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bawah Sesi 2013/2014 | Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu)
Semakan Online Boleh Dibuat Dihalaman Ini
Semakan Secara SMS
Taip T6<jarak>KP<jarak>NOKP hantar ke 15888
Contoh : T6 KP 951223125641
@
Taip T6<jarak>AG<jarak>AGILIRAN hantar ke 15888
Contoh : T6 AG JD017A146
Pelajar yang berjaya mendapatkan tawaran kemasukan ke tingkatan enam sesi 2013/2014 perlu membawa maklumat ini  semasa ingin mendaftar ke sekolah yang telah  anda ditempatkan. 
Maklumat Yang Perlu Di Bawah Adalah : 
  1. Surat Tawaran
  2. Keputusan SPM 2012
  3. Kad Pengenalan
  4. Sijil Kelahiran 
  5. Sijil Tamat Sekolah
  6. Jurusan Dan Pakej Mata Pelajaran yang Diambil


Pelajar yang mendapat tawaran UPU Perlu Melaporkan diri dulu ke sekolah yang telah ditetapka. Bagi Pelajar yang terpilih untuk menjalankan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga perlu memaklumkan kepada sekolah di tingkatan enam anda terlebih dahulu.

Bagi calon sekolah yang layak tetapi tidak ditawarkan ke tingkatan 6 sesi 2013/2014 boleh membuat rayuan ke jabatan pelajaran negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU mulai 24 april 2013 dan borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke jabatan pelajaran negeri selewat-lewatnya pada 14 jun 2013.


Monday, 8 April 2013

Gadis memukul ayahnya di tempat awam!

 Seorang gadis yang baru berusia 14 tahun nekad mahu memukul ayahnya sendiri di tempat awam tanpa menghiraukan orang lain yang lalu lalang di kawasan tersebut.
 
Apa yang menjadi persoalan dan mengejutkan ialah mengapa bapanya membiarkan saja anaknya bertindak demikian, malah menerima pukulan dalam keadaan yang tenang dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan terhadap perbuatan anaknya yang melampau serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

Pada satu ketika bapanya meminta anaknya terus memukulnya.
Menurut laporan media, Xiaojin sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik.
 
Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita.
Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal.
 
Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah di mana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.
 
Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak.
Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu dipukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk.
 
P/s:Apa nak jadi,dunia-dunia..
 
::Credit:: 

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.