https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Wednesday, 26 December 2012

Tutorial Add Follower Widget Untuk Blogskin Cara Baru


Awal-awal beritahu, tuto ni yan dapat daripada blog Atieqah,salah seorang pengguna Blogskins yang comel. yan pun dapat tuto ni daripada Atieqah Setakat tu je la yang yan tahu empunya tuto ni *dah kira kredit lah ni letak nama :)* 
 

Sebab dah tak boleh generate code macam biasa, ada cara manual untuk sesiapa pengguna Blogskins atau mana-mana template yang nak letak Follower Widget. Follower Widget ni penting sebab bukan semua blogger boleh follow blog dengan hanya guna Button Follow comel ala Tumblr tu.Korang boleh guna tuto ni.
 


1. Pergi ke Template dan tukar daripada Blogskins kepada Blogger Template. Sebelum tu, save template Blogskins korang kalau tak nak hilang. Kalau tak tahu cara nak tukar dari Blogskins ke Blogger Template, klik SINI

 

2. Pergi ke Dashboard > Design > Edit Layout. Sebab korang dah bertukar pada Blogger Template, korang dah boleh add gadget Follower. Sesetengah Blogger Template tu dah ada Follower Widget ni, sesetengah tu korang kena add guna Add A Gadget. Lepas add, save terus.

 

3. Korang pergi ke blog dan tekan Ctrl + U (SERENTAK!) untuk view page source. Bila dah keluar page source yang banyak kod HTML tu, korang cari kod seakan-akan kod kat bawah ni. Untuk cari code, korang tekan Ctrl + F serentak dan masukkan keyword 'friendconnet'

 

Page Source akan keluar kalau anda tekan key Ctrl & U SERENTAK! :)

 

Korang copy bermula kod <script type="text/javascript"> sehingga kod locale: 'en'}, skin); </script></div>
 

4. Dah copy kod Follower korang? Bagus. Sekarang paste dulu pada Notepad. Tapi kalau korang online Facebook dan tengah menghadap profil FB korang masa ni, paste dekat Post Status aje. Maksud yan, paste aje kod ni kat situ, tapi jangan pulak korang tekan Post. Sebagai alternatif kalau malas nak buka Notepad aje. yan selalu buat macam ni. Ha ha.


5. Sekarang, boleh tukar balik template korang daripada Blogger Template kepada Blogskins atau apa-apa template sahajalah. Nak tuto klik SINI. Kod yang korang paste kat Notepad atau Post Status Facebook tu, korang copy dan paste lah dekat mana-mana kod Blogskins korang bahagian sidebar.


Okey. Done. Kepada pengguna Blogskins yang nak tau lebih lanjut, tanya yan oke.yan cuma nak sebarkan tuto ni aje untuk sesiapa yang tak tahu. Harap menjadi. Daa~ (^.^)v

Credit to:Atieqah 

Monday, 24 December 2012

Mengapa orang tidak suka bercakap dengan saya?



Assalamualaikum,hoho apa kaitan tajuk dengan saya?ok korang tahu tak dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada berkomunikasi dengan orang lain sama ada dengan kawan,guru,ibu bapa,jiran ataupun dengan orang yang tidak dikenali.Pepatah inggeris yang berbunyi :-
"Do unto others the way you want others to do unto you"

Sebenarnya telah ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW sejak 1400 tahun yang lalu di dalam hadithnya yang berbunyi :-
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri"
Berpandukan hadith ini,jika kita keliru apakah yang perlu dilakukan ketika menghadapi sesuatu konflik perhubungan,jawapannya adalah,lakukanlah sebagaimana kita ingin diperlukan.

Menurut kajian pakar,semasa berbual-bual,manusia biasanya akan cuba membuatkan dirinya kelihatan hebat.Tetapi sebaliknya,jika individu yang hebat berbicara,dia akan membuatkan kita berasa diri kita hebat.Bagaimana ya agak-agaknya?Pasti sahaja ada amalan yang membezakan seorang komunikator yang hebat dengan komunikator yang tidak hebat.

"Salah,apa yang awak cakapkan tu."Apakah perasaan korang apabila korang sedang memberi penerangan dan tiba-tiba ada seseorang menghamburkan ayat berkenaan?Sudah tentu korang berasa kurang selesa,bukan?Boleh dikatakan perasaan universal yang dialami oleh manusia apabila berdepan  dengan ayat seperti itu adalah sama iaitu,benci.Oleh itu,ada beberapa etika dalam komunikasi sesama manusia bagi mengelakkan perasaan itu timbul dalam perhubungan sesama manusia..Antaranya ialah :-

1.Apabila menceritakan perasaan kita,gunakan ayat 'saya'dan elakkan ayat 'awak'.

Misalnya:
 "Saya sedih."(betul)
 "Awak buat saya berasa sedih."(salah)
"Saya tersinggung."(betul)
"Awak menyebabkan saya marah."(salah)

Penerangan:Gaya bahasa 'awak' dan menuduh individu lain bertanggungjawab ke atas perasaan kita dan akan merosakkan perhubungan.

2.Fokus perbualan pada persamaan,bukan perbezaan.

Misalnya:
"Jika saya di tempat awak,saya tak buat macam itu."(salah)
"Awak suka betul makan nasi ayam.Saya benci nasi ayam."(salah)

Alternatifnya,guna bahasa menyokong seperti:

"Kalau saya dalam keadaan awak,saya pun akan buat begitu."(betul)

3.Elakkan membetulkan cakap orang.Perbuatan berkenaan akan menjatuhkan air mukanya dan menjauhkan dirinya daripada kita.

Misalnya:
"Salah pendapat awak itu."(salah)
"cikgu saya kata lain."(salah)

4.Elakkan bahasa seolah-olah kita 'guru'.Gaya bahasa ini menunjukkan seolah-olah kita lebih bijak daripada orang yang kita ajak bercakap.

Misalnya:
"Awak patut tulis macam ini.Bukan macam itu."(salah)
"Takkan perkara senang macam ini awak tidak tak tahu."(salah)
"Salah apa yang awak buat itu.Mari saya tunjukkan."(salah)

5.Elakkan mencelah ketika kawan kita sedang bercakap.Biarkan dia habis bercakap baru kita aturkan ayat untuk bercakap.Situasi tegang dan kelam kabut akan timbul apabila kita asyik mencelah apabila kawan kita sedang bercakap dan boleh menimbulkan rasa tidak senang terhadap diri kita. 

Misalnya:
A tengah bercakap tak habis-abis lagi lepas tu orang B mencelah nak menyampuk.

-Konklusinya:hasil kajian oleh pakar psikologi dan komunikasi menunjukkan orang yang pandai berkomunikasi adalah orang yang dipandang sebagai individu yang menarik.Oleh itu,golongan berkenaan sangat disukai oleh orang ramai dan kaijian juga menunjukkan gaya bahasa positif boleh membuatkan diri kita dipandang sebagai individu yang menarik.Korang nak tahu bagaimana?Ikuti sambungan topik ini dalam entri yang akan datang insyAllah (:


Saturday, 22 December 2012

Cerita saja: Ini Jalan Cinta-Nya




Sesungguhnya jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis...”

Cuaca di bumi Jordan sungguh dingin. Tingkap bilik Kamar Seni di Al-Karak dibuka perlahan. Suasana seperti itu telah menyebabkan ramai pelajar-pelajar universiti Jami’ah Mu’tah ditimpa demam dan selesema. Mungkin antibody mereka yang lemah menyebabkan penyakit itu datang bertandang. Tetapi bagi Saiful Ashraf, dia sudah biasa dengan cuaca dan suasana di Mu’tah. Tambahan pula dia sudah dibekalkan oleh ibunya ubat homeopathy untuk merawat dan menjadi ikhtiar baginya berlindung dari sebarang sakit seperti demam dan sebagainya. Pepatah hikmah juga pernah menyatakan, “Mencegah itu lebih baik daripada merawat.” Mindanya teringat kepada seorang sahabat baik Rasulullah saw, iaitu Abu Bakar as-Siddiq. Beliau tidak pernah menelan sebarang ubat, kerana baginya ubat yang terbaik ialah keyakinan kepada Allah. Subhanallah... Sungguh hebat tahap keyakinannya terhadap Tuhan sekalian alam. 

Sungguh aku tidak mampu menjadi sepertinya. Saiful Ashraf bermonolog sendirian.
Empat tahun menuntut ilmu dalam bidang Syari’ah Fi al-Fiqh wa Usul al-Fiqh di Jami’ah Mu’tah, Jordan ini telah menyebabkan Saiful Ashraf mempunyai banyak pengalaman dan sudah biasa dengan suasana di sini. Baginya, kehidupan di sini lebih dia sukai berbanding suasana di tempat kelahirannya. Kerana di sini adalah medan ilmu dan juga merupakan bumi para anbiya dan para mujahidin yang berperang di jalan Allah.

“Subhanallah....”  Ucapan tasbih meniti di bibir Saiful Ashraf. Melihat ciptaan Ilahi di dada langit, menjadikan dirinya serba kerdil dan sekaligus membesarkan kalimah Al-Ilaah.
“Oit! Jauh mengelamun...”  Hanif menepuk bahu Saiful Ashraf yang sedang leka termenung melihat langit melalui tingkap biliknya.

“Astaghfirullah... Terkejut aku Nif.. Kalau ye pun bagilah salam dulu..”  Saiful Ashraf tersenyum kelat melihat kawan sebiliknya itu. Hanif tersenyum melihat reaksi wajah sahabat baiknya.
“Asif-asif... Assalamu’alaikum Ustaz Saiful Ashraf bin Saifuddin.”  Hanif tersenyum lagi melihat sahabatnya mula melemparkan senyuman manis. Manis wajah Saiful Ashraf. Ramai siswi-siswi di Mu’tah yang jatuh hati pada pemuda ini. Bukan saja tertarik dengan wajahnya yang berkulit hitam manis dan kacak itu. Malahan, kerana mereka lebih tertarik dengan perwatakan dan akhlak Saiful Ashraf. Ramai siswa-siswa di sini mahu meneladani watak yang ditonjolkan olehnya. 

“Ha... Wa’alaikumussalam. Macamtu baru nampak sopan dan sekurang-kurangnya dapat pahala...”  Saiful Ashraf melemparkan senyuman.

“Na’am-na’am... Em, buat apa termenung? Ada masalah?”  Hanif memuntahkan soalan yang bersarang dalam mindanya sejak melihat sahabatnya itu termenung di tepi tingkap.
“Ish... Tak adalah. Aku teringat kat kawan-kawan lama aku kat sekolah dulu. Entah tiba-tiba teringat kat dia orang. Terutama.....”  

“Mus!”  Hanif menyambung ayat Saiful Ashraf. Acap kali Saiful Ashraf bercerita tentang sahabat baiknya itu. Mustafa mohd. Kawan zaman mereka bersekolah sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Itulah salah satunya kawan baik yang paling rapat dengan Saiful Ashraf. Sebelum tidur, selepas bercerita tentang sahabat-sahabat Rasulullah saw, pasti Saiful Ashraf akan bercerita mengenai kawannya itu. Mustafa.... Yang pernah dan selalu bantu Saiful Ashraf di sekolah. Mustafa lah sahabat yang selalu backup dan mempertahankan Saiful Ashraf yang sering dibuli oleh samseng-samseng sekolah sewaktu ketika dahulu. Hanya Mustafa sahaja yang berani berhadapan dengan geng ‘Copek di sekolah.

Saiful Ashraf tersenyum. Dia kemudian menganggukkan kepalanya. Hanif membalas senyumannya mesra. “Tahun ni, tahun akhir aku Nif. Aku nak balik Malaysia dah. Aku ingat aku nak cari Mus balik. Entah apa dia buat sekarang. Entah-entah dah jadi ahli business man ke, kan?”  Saiful Ashraf memandang sahabatnya itu. Menunggu jawapan dan harapan baik yang dia berikan.

“Insha-Allah.. Dia mesti jadi orang hebat-hebat punya. Sebab tengoklah kawannya ni, tak ke hebat... Hehe...”  Hanif mengagumi sifat dan ilmu Saiful Ashraf. Saiful Ashraf seorang yang berjawatan di Universiti Jami’ah Mu’tah. Tambahan pula, beliau selalu menaiki pentas kerana setiap semester mendapat pencapaian yang cemerlang. Tidak dinafikan, sifat dan perwatakan inilah menjadi kegilaan para siswi di sini. Hanif dan Saiful Ashraf tersenyum mesra.


Thursday, 20 December 2012

Tempahan Edit Blog



Assalammualaikum.Hai korang.Dah tengahari kann? Yan tak makan lagii, please say hooray.Bukan tak nak makan,salah saya ke? Actually, i wanna announce something, jeng jeng, what it is,



Yan tau ramai yang dah buat order edit blog nih, as usual yan sentiasa terkedek kedek.Tapi tak apa, mengeletar yan nak buat entry nih.Actually yan dah try everything in my own, so i think yan boleh buat.
Lain orang Lain cara.Lain orang Lain Harga.

PERINGATAN : Yan just terima full edit dan header.Yan tak terima "Boleh taknak letak ini ini je?", OR "Tolong letakkan WTV there.".Yan just terima full.Dari kepala navbar sampai powered by blogger.Ada paham ? 
Yan akan letak credit page, sebab bukan semua yang yan bagi kat korang yan punyer.There are sensitive bloggers.

Ni jenis2 perkhidmatan yang yan bagi:-

 Header Bergambar - RM 5
 Header Bertulisan - RM3
 Edit Full Blog Package 1 - RM10-15

- Playing price? \Ahaks, make a better choice/

Apa yang akan yan edit? Yang yan anggap full edit?

-Header
-Blockquote
-Tukar Background Bersesuaian
-Kemaskan Dan Ringankan Blog
-Title Sidebar
-Assalamualaikum Image
-Tukar Newer , Older , Home Kepada Icon
-Cursor handmade
-Title Entri
-Back to top
-Border blog
-Free bonus tambahan

Kalu apa yang yan senaraikan tidak mencukupi,cakaplah apa yang korang nak, kalau yan reti buat,yan buatlah.If not, yan buat apa yang ada kat atas nih je.

*Yang syarat2 nak tempah korang baca sendiri kat ruangan sidebar yan ada tulis kat situ tempahan.

 Lets make an order

okeyh berminat? Hantar details seperti dibawah dekat FB yan atau fanpage yan..

https://www.facebook.com/yancinnamon (Facebook)-(nak add pown tak pa..hantar mesej je)

Nama : Senang nak bercakap
URL blog : bagi yan intai dulu blog awak.
Email : nak sign in blog
PW : nak sign in blog
Tema : Color, kpop ke ape ke, senang yan nak corakkan
Ada pape yang yan senaraikan korang tak nak : cakapcakap.
Nak jenis apa : FULL EDIT + HEADER, FULL EDIT - HEADER, HEADER.

Bayaran

Yan terima hanya topup untuk jenis Header Sahaja.Yang lain option, tengoklah sama ada yan nak topup atau akaun.Ready je lah.:)

Paling cepat yan siapkan, dalam 5jam, paling lama 2 hari.Yan kena gak bagi famili yan guna pc kann? So bersabar yeee..

 Mulai esok dan akan datang,yan nak bayaran melalui akaun
insyaallah harga takkan berubah.oKEyh, boleh order jika berminat.:)

P/S: Ini sahaja yang saya boleh buat untuk masa ini . InsyaAllah , kalau ada masa saya buat tempahan untuk doodle pulak.Kalau nak edit blog mengikut kesukaan warna korang,saya boleh  tolong buatkan.Harganya sama macam kat atas.




Wednesday, 19 December 2012

Kucing Menyusukan Tikus!


Bagi penggemar kartun animasi Tom & Jerry, sudah jelas di alam realiti mahupun fantasi dua haiwan ini iaitu kucing dan tikus sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang ‘menumpang’ manja bersama ibu kucing berkenaan.

Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu.


“Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong ‘anaknya’ yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat.
“Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan.
“Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri.
“Malah, ibu kucing dilihat melayan ‘anak istimewanya’ sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya,” katanya.
Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai.
“Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah.
“Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan.
P/S : Duina akhir zaman. Kucing sekarang tak nak makan makanan yang menjijikkan seperti tikus.(>_<)


Tuesday, 18 December 2012

Cari yang solehah bukan cari yang sempurna...


Apabila tiba masa dan ketikanya, jauh di lubuk hati si Adam itu akan terdetik jua. Mahu berteman, mahu berpasangan. Lalu proses mencari mula dipandang serius. Di samping apa jua yang dilakukan pada ketika itu, belajar atau bekerja, soal siapa yang akan menjadi teman sehidup semati tetap akan difikir jua.

Biasa berlaku, meskipun calon sudah ada, namun keberanian masih sukar diraih seteguhnya. Masih ada ragu-ragu dan was-was. Mahu teruskan dengan yang ada ataupun terus mencari kalau-kalau masih ada yang lebih baik dari si dia.

Betul, sebelum berkahwin, sesiapa jua bebas memilih calonnya.

Lelaki bebas memilih, perempuan juga bebas memilih. Bahkan bagi perempuan, inilah saat dan ketika terbaik untuk demand mereka. Mahu yang bagaimana, mahu memilih siapa dan mahu meletakkan berapa maharnya. Itu hak dan kebebasan mereka.

Namun dalam pada kita menggunakan hak kita untuk memilih, jangan pula sampai hawa nafsu yang menjadi pemandu arah.

MAHU YANG SEMPURNA

Ini tabiat manusia.
Pada sekeping papan putih di hadapannya, jika wujud walau setitik dakwat hitam, maka itulah jua yang akan dipandangnya. Dakwat hitam itu meskipun kecil, namun mendatangkan rasa tidak selesa kerana papan yang putih tidak lagi sempurna putihnya.

Jika dinisbahkan dalam hal mencari calon, meskipun dari segi agamanya baik, keturunannya baik, fizikalnya baik, namun jika ada sedikit kekurangan pada warna kulit atau bentuk hidung contohnya, terus dirasa tawar dan tidak selesa.

Hendak mengambil keputusan bahawa itulah calonnya, dirasa cukup sukar. Risau ketidaksempurnaan yang mendatangkan rasa tidak selesa tadi tidak akan menjamin bahagia selepas berumahtangga.

KENAPA MAHU YANG SEMPURNA?

Sebenarnya, dalam kita melayan tabiat diri yang gemarkan sesuatu yang sempurna itu, kita wajar berhenti seketika dan bertanya;kenapa aku mahu yang sempurna?
Sudah tentu, apa yang kita mahu itu mestilah sesuatu yang mendatangkan faedah besar buat kita.
Adakah kerana sempurna itu penjamin bahagia?
Atau adakah sempurna itu syarat bebasnya rumahtangga dari diduga?
Atau adakah sempurna itu pasti akan menjadikan suami isteri romantik sepanjang masa?

Atau adakah sempurna itu kita mahukan sangat agar kita dipandang mulia oleh mereka-mereka sekeliling kita?
Selesaikan dahulu isu ‘kenapa’ ini dengan neraca Iman, bukan neraca nafsu semata-mata.
Lalu di akhirnya, kita akan dapati bahawa ‘sempurna’ itu rupanya terlalu banyak ditimbang dengan neraca nafsu dan kehendak diri semata-mata.

KITA MAHU YANG SEMPURNA SEBENARNYA KERANA..

Kerana kita mahu jiwa kita tenang dengannya. Itu sahaja.
Lelaki, apa yang paling dia mahukan dalam hidup adalah ketenangan jiwanya tatkala didampingi oleh seorang wanita yang halal baginya. Tempat dia berkongsi kasih dan sayang. Tempat dia bermanja dan meraih ketenteraman jiwa.
Silapnya, lelaki sering beranggapan bahawa kesempurnaan fizikal dan kecantikan itulah yang menjadikan seseorang wanita sempurna.
Mereka sering beranggapan bahawa senyuman seorang wanita secantik bidadari itulah yang menjamin hidupnya menjadi sempurna. Pendek kata, jika dapat wanita yang cantik sempurna sebagai isteri, maka itulah erti sebenar bahagia.

Sedang mereka lupa, berapa ramai dari kaum mereka yang beroleh isteri secantik ratu, namun rumahtangganya hanya bertahan beberapa purnama sahaja? Berapa ramai pula yang terpaksa makan hati dengan isteri yang cantik luaran tetapi hodoh dalaman? Degil dan keras kepala. Bila kita tiada di sisinya, dia curang kepada kita. Dia mengkhianati amanah dan maruah kita. Sayangnya, hakikat ini ramai yang alpa dan lupa.
Lalu di kala itu, cantik tidak lagi mendatangkan rasa sempurna.
Jika tiada ketenangan di jiwa, usah bicara soal bahagia.

PELENGKAP RASA SEMPURNA ADALAH WANITA SOLEHAH

Dia mungkin tiada kelebihan dari segi rupa, namun dia mampu memberi kita rasa sempurna.
Dialah wanita solehah.

Mungkin dia bukan cerminan watak-watak si gadis dalam pelbagai novel dan filem cinta. Dia mungkin tidak sehebat yang digambarkan dalam banyak cerita. Dia mungkin dilihat luarannya cuma biasa-biasa.
Dia mungkin bukan pelajar jurusan agama. Dia mungkin bukan seorang ustazah. Dia mungkin dari jurusan engineering, biotechnology, medic dan sebagainya.
Tetapi keistimewaannya adalah pada kemampuan untuk membahagiakan kita.
Kemampuan untuk melahirkan rasa tenang tenteram di dalam jiwa.

Percayalah, si cantik bermulut laser berhati batu bukan wanita yang digambarkan oleh Allah sebagai asbab bahagianya jiwa. Sebaliknya seorang wanita yang tunduk patuh kepada Allah dan taat pula kepada kita, itulah gambaran sebenar sebaik-baik hiasan dunia.

PENUTUP : SALAHKAH SAYA MENCARI YANG CANTIK?

Jawabnya, tidak salah. Carilah, kerana itu hak anda untuk mencari.
Tetapi jangan sampai pencarian itu dipandu hawa nafsu untuk mendapatkan yang paling sempurna.
Lalu calon A ditolak kerana kurang ini, calon B ditolak kerana kurang itu, calon C ditolak kerana kurang ini dan itu, dan seterusnya. Kelak, dia akan beroleh buntu dalam demand nya sendiri.

Ingat, cari yang solehah, insyaAllah dapat yang sempurna.
Cari yang solehah dulu, jangan cari yang sempurna dahulu.
Kerana manusia tidak sempurna, pasti dan pasti ada kelemahan dan kekurangannya.
Sumber asal:Facebook

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.