https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Monday, 27 February 2012

Khas utk mereka yang sedang mencari...

DALAM HIDUP.....

Disaat kita ingin melepaskan seseorang,
ingatlah pada saat kita ingin mendapatknnya..
Disaat kita mulai tidak mencintainya...
ingatlah saat pertama kita jatuh cinta padanya..
Disaat kita mulai bosan dengannya,
ingatlah selalu saat terindah bersamanya..
Disaat kita ingin menduakannya, bayangkan jika dia selalu setia...
Saat kita ingin memb0h0nginya, ingatlah saat dia jujur pada kita..
Maka kita akan merasakan erti dia untuk kita...
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisi kita,
kita baru menyedari semua erti dirinya untuk kita..
ingatlah..
Yang indah hanya sementara..
Yang abadi adalah kenangan..
Yang ikhlas hanya dari hati..
Yang tulus hanya dari sanubari..
renunglah..
Tidak mudah mencari yang hilang..
Tidak mudah mengejar impian..
Namun yang lebih susah mempertahankan yang ada,
kerana walaupun tergenggam bisa terlepas juga..
Ingatlah pada pepatah ''JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI MAKA SUKAILAH APA YANG KAMU MILIKI SAAT INI''
wahai diri..
Belajarlah menerima apa adanya..
Dan berpikiran positif..
Hidup bagaikan mimpi...
Seindah apapun mimpi itu bila bangun semuanya sinar tak berbekas....

Thursday, 23 February 2012

Menaip perlu ada idea :3


Assalammualaikum dan hai!
Siapa kata menaip tidak memerlukan idea?Ingin saya tegaskan disini,menaip perlukan idea! Eh eh,tetiba je saya ni kan? Serius saya tak tahu nak bebel apa kat entri ni,heehee.Saya perlu taip entri jugak kan sebab macam saya kata hari tuh,bila cuti minggu je saya kena rajin buat entri.Biarlah, biarlah saya malas hafal sejarah dengan sej tu asalkan blog saya ni 'bising' balik. (Sebenarnya buku sejarah  rujukan saya hilang sebab tu saya jadi malas nak hafal,haihh )
Kenapa menaip entri perlu ada idea?Kalau tidak,taklah korang membebel entri tak berpekdah kat blog kan? Penulis novel pun perlu ada idea bila menulis,inikan saya. #Woii jiran sebelah,nak main mercun main jauh-2 lah. Er,sorry.Jiran sebelah main mercun hilang terus idea nak taip entri :p
Sebut pasal mercun ni kan kan,korang penah ke main mercun neh?Tanyalah saya, saya pasti jawab tak pernah and takut nak main mercun.Wahahahh, nak pegang mercun pun bukan main takut lagi.Yelah,dalam paper banyak cerita orang putus jarilah,hilang jarilah pasal main mercun ne.Diorang ni kalau dah 'terkena' mulalah nak insaf kan.Yelah,sama macam saya jugak.Bila exam tak lulus, mulalah rasa menyesal sangat sangat sebab tak belajar -.- .Thankslah sesiapa yang menaipkan semangat saya kat entri ni hari tu.Betullah kata Izfanora, bila kita gagal kita akan cuba buat lebih baik.Saya pun dah lupakan peristiwa tuh,hahah.Bila fikir balik malu ada sedih pun ada.And yana birthday bsk eh?x beli hadiah g nih,sep sep!
Stop sebut pasal  yana ni,heh.Kat sekolah hari tu ada buat majlis akur janji dan semua form 5 kena turun g dewan lama giloss okey..dari pukul 8.30-11.00 uhh mmg hari tu x masuk langsung dalam kelas sebab saya terlibat pergi sekolah sk seri indera ada Hari Peringkatan Pandu Puteri Malaysia dan kalau nk thu sekolah saya menang dapat no 1 dari 16 buah sekolah dalam pertandingan gubahan menggunakan bahan alam sekitar syok gilerr.....Er Hoh .And tengoklah apa yg ku lakukan masa x dak keja hoho.
:)

Tuesday, 21 February 2012

Gelagat Kucing Comel

Sebenarnya aku ni memang peminat kucing yang setia. Kat umah aku memang banyak kucing. Suka tengok gelagat kucing comel kalau dia tengah meleset kat kaki sambil menggoyang-goyangkan ekor dia. Kalau masa dia tengah baring senyap je, aku akan usik dia sampai dia tak boleh duduk diam. Hehe..

Malangnya aku tak boleh bela byk sangat kat rumah sebab orang rumah aku alergi.Lagipun kalau nak main dengan kucing, aku boleh je balik kampung. Kat kampung tu ada dekat 10 ekor kucing yang mana pada asalnya hanya seekor je kucing liar. Dah bagi makan selalu, lama-lama jadi manja pulak dengan mak aku.
Jom layan gelagat kucing comel yang aku kumpulkan ni…

'Pssttt...Senyap cikit. Kang dia lari pulak. Bukan senang nak tangkap Si Tom ni...'
'Err... Saya cuma tumpang mandi je tadi. Takde niat pun nak tido kat sini...'
'Mulai hari ni, ko adalah pembantu aku. Cepat bagi aku Whiskas...'
'Water heater ni rosak la. Boleh tolong repair tak?'
'La... Kat sini rupanya ko, Bonok. Penat aku cari. Meh sini masuk dalam rumah. Sejuk kat luar ni...'

'Pssttt... Jangan bagitau diorang aku menyorok kat sini. Shysss...'
'Ala... Penatnya arini... Ngantok...'zzzzzzz'

Thursday, 16 February 2012

Restoran...


Di sebuah restoran mahal.. Seorang gadis bertudung makan seorang diri... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.. Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : "gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.." Seorang anak muda pulak menyampuk: "ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan.....malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...." Seorang lagi berkata : "eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni...".. Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu... Lelaki tu berkata: ~ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung. ~ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu. ~ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor. 

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Monday, 13 February 2012

Rahsia surah Al-kauthsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan... ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sumber:Neana liena

Thursday, 9 February 2012

Cantek&kreatif =]



Amboi.. Selalu buat tapi x tahu maksud? Korang tengok ni =]
Sekadar berkongsi..


Jutawan mode ON

♩ ♪ ♫Demi cinta ku pada mu♩ ♪ ♫♩ ♪ ♫ Jalan berduri tetap ku harungi.. ♩ ♪ ♫

Wednesday, 8 February 2012

Tips belajar

Ulat+Buku=Ulatbuku(>_<)
Assalamualaikum,arini saya nk bg tips belajar tuk kongsi bersama..
tips ni saya copy dari seorang rakan blogger Junior

Tahukah anda kadang-kadang kita mudah terlupa dengan pelajaran atau apa juga ilmu serta perkara yang baru kita pelajari sama ada disekolah atau dirumah,tahukah anda bahawa..


ANDA LUPA KERANA...
 

1)kurang tumpuan
2)kurang teliti
3)kurang minat
4)fikiran melayang atau berkhayal ketika membaca
5)sudah lama berlalu dan tidak diulangkaji
6)dan lain-lain lagi.

HAA, puncanya sudah diketahui. bagaimana hendak mengatasinya. senang sahaja...

1) tumpukan sepenuh perhatian ketika melaksanakan sesuatu tugas
2) tingkatkan minat terhadap pelajaran
3) mengulangkaji pelajaran secara berterusan dan bersistematik
4)dan lain-lain lagi.



Ingat!!jangan asyik belajar sepanjang masa,amalkan juga makanan yang seimbang dan bersenam pada setiap hari.ingat,kesihatan badan juga perlu dijaga.Lagipun,bukankah badan yang cergas menghasilkan minda yang cergas!
mickey_plays_soccer.gif
Tirulah seperti saya.

                                                                                                                                                             

Sunday, 5 February 2012

Segmen : Contest Blog Gorgeous by Raraa

Assalamualaikum,hye jom join segmen yg dibuat oleh Raraa..jom..klik banner kalau nk join..

Syarat-syarat
  • Terbuka kepada follower Raraa . FOLLOW
  • Like Fanpage Raraa CLICK
  • Like post ni dan klik semua icon cute ni 
  • Buat entry tentang Contest Blog Gorgeous by Raraa sertakan banner berlink & syarat 
  • Tag 3 buddies // pastikan mereka tahu
  • Letak link entry korang di  kotak komen Raraa yang cute ni hehe 
ok yang selebihnya korang baca sendiri dekat blog cik raraa..
saya nk tag 3 orang
=):cinta
:pshukrina
=')Cex ah

Saturday, 4 February 2012

Betul ke berblogwalking ni mengeratkan hubungan silaturrahim??


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..ok topik hari ni simple je tp korang mesti habiskan baca topik ni tw..ok berbalik pada tajuk Betul ke berblogwalking ni mengeratkan hubungan silaturrahim??ya mmg betol,pada pendapat saya berblogwalking/berblogging mmg bagus terutamanya nk tingkatkan traffik jam blog.Sesetenggah org mmg suka kunjung-mengunjungi blog2 org lain.Org kata pe memblas kunjungn org yg dah melawat blog kita tuh..dan secara langsungnya dapat meningkatkan mutu blog anda.bukan tu saja byk cara lain kita boleh berintaksi dengan rakan blogger seperti add kawan blogger dalam faebook,tweet,frendster dan lain2 laman sosial yang boleh kita eratkan hubungan silaturrahim.erm tp kan saya sejujurnya nk wat pengakuan yg saya teramat membenci org yg memggunakan bahasa "kasar"mcm "aku,kau/ko,hang dan berbagai ayt yg boleh dikatakn bahasa yg "kasar"..saya rasa penggunaan bahasa tu kurang sesuai mcm samseng jerk tp kebanyakkan yg saya jumpa org yg menggunakan bahasa ni bg org yg lebih tua dari kita.Tp apa salahnya kalau kita saling hormat-menghormati mcm kakak ke,abang,ke bg yg tua dari yg muda..dan yg muda tu panggil lah adik kew,mengikut peringkat umur masing2 lah kan.kan sejuk mata membaca ni tak lah terasa hatinya.kita kan 1 malaysia jadi sama2 lha kita budi bahasa budaya kita,tak rugi kalau kita hormat orang lain mcm cikgu saya ckp "orang yg tua hormatlah orang yg muda dan yang muda hormatilah orang yg lebih tua dari kita"
 oklah tulis panjang pun hampa bukan baca abiz pun,org ckp tulis panjang2 puntak dak sapa nk baca pun.saya tulis anda baca bersama2lah kita eratkan hubungan silaturrahim antara pembaca dan penulis.Selamat Berbloging dan Selamat Menyambut Maulidur rasul 12 Rabiulawal 1433..
Maceh sudi baca sampai abz assalamualaikum..

P/S:uuuu blog baru lagi...>_<

Friday, 3 February 2012

Peringatan Bersama



Jangan Tinggalkan Laptop Di Atas Katil, Bantal Dan Lain-Lain..


Mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.
by:Facebook

Thursday, 2 February 2012

Follower Blog Tak Ramai, Kenapa?


Assalamualaikum,Hai rakan-rakan blogger sekalian…
Hari ini saya gembira untuk mula update blog setelah membaca beberapa entri dari rakan blogger yang lain.Dalam membaca entri itu,terlintas untuk membuat entri berangkai atau berantai dan tajuk yang saya pilih adalah Cabaran Seorang Blogger.Apa maksud entri berangkai atau berantai ini?ia bermaksud saya akan bahagian satu entri utama kepada entri-entri kecil mengikut point-point.Mudahnya satu entri satu point sahaja.Dengan cara ini saya akan menfokuskan hanya kepada satu point sahaja so lebih banyak yang boleh dibincangkan nanti.

Untuk Part 1,entrinya bertajuk Follower Blog Tak Ramai,Kenapa??.Sekarang ini saya banyak menerima email daripada rakan blogger yang bertanyakan soalan dan saya mohon maaf terlebih dahulu kerana tidak dapat balas email kalian dengan kadar yang segera.Walaubagaimana pun,email-email berkenaan tetap akan dibalas.Insya-Allah.Dalam banyak-banyak email tu,ada yang bertanyakan macam mana nak dapatkan Follower yang ramai?Susah nak jawab soalan ini sebab follower saya pun tak ramai..
 So mari kita ungkaikan persoalan ini bersama-sama…
Semasa saya mula-mula wujudkan blog Izyanyancinnamon.blogspot.com ini,saya tak menitikberatkan pasal follower ini.Tapi bila tengok blog lain ramai follower,so terdetiklah nak letak dan cari follower ini.So letaklah widget follower tu.Tetapi sambutan cukup mengecewakan…hahah..sampai bulan 6/2011,follower baru ada dalam 800++ sahaja.Tapi nak dapat follower 800+ bukan just pasang dan tinggal tapi kena usahalah sikit.Masa tu saya gunakan konsep I Follow U,U Follow Me.(mcm besa hehe)


I Follow U,U Follow Me
Mula-mula dulu ramai jugak yang gunakan konsep ini didalam berblogging tapi kita ramai yang dah tak suka.Tapi masih yang baik hati akan follow kita semula bila kita follow dia.Bah kata pepatah melayu,orang memberi,kita merasa.So kenalah kerja kuat sikit untuk pergi ke blog lain dan follow blog berkenaan.Kalau tuan blog nak follow semula,Alhamdulilah.Kalau dia taknak follow jangan pulak korang kata dia sombong or whatever.Mungkin minat dia tak sama dengan minat korang.Mungkin blog korang dia tak minat,so dia tak follower ar.Korang jangan lah marah.Biarkan dia,banyak lagi blog kat luar sana..slow and steady k.
Dari situlah sedikit sebanyak follower itu akan meningkat.Tapi ia akan mengambil masalah untuk mendapatkan follower yang ramai.Jadi jangan bandingkan blog korang dengan blog yang lain.Just be yourself..Keep it up.

Buat Kontest Dan letakkan Syarat Jadi Follower Blog
Haaa kalau korang perasan,teknik ini saya gunakan sebagai contoh dalam aktiviti Pencarian 10 Blog Tercantik 2012.Dari aktiviti itu ramai jugak yang jadi follower blog ini tapi ada je segelintir blogger yang follow semata-mata untuk memenuhi syarat dan lepas itu dia buang lah semula.Bijak kan?Hahaha..tapi saya still masih boleh detect..hehe tapi malas nak cakap apa-apa.Tiada paksaan untuk follow or tak.
Tetapi dengan kontest sebegini tidak mendapatkan hasil yang banyaklah untuk dapatkan follower tapi yang paling banyak dapat follower adalah dari point ketiga ini.Mari kita lihat apa point ke tiga ini.

Buat Entri Atau Blog Yang Menarik Dan Berinformatif
Rasanya inilah point yang paling penting dan agak susah untuk dilaksanakan.Cuba perhatikan.Dalam masa 2 bulan sahaja,bulan dec 2011 dan januari 2012,blog saya sudah mempunyai follower seramai 2000++ berbanding bulan ogos 2011 yang lain.Peningkatan yang agak cepat lah.Keywordnya mudah.Buat entri-entri yang berinformatif.Contohnya blog saya ini,saya lebih fokuskan kepada tips blogging dan yang paling saya tekankan adalah tentang cerita2 harian saya lah kan.Jadi ramai blogger-blogger yang berminat untuk bca dan mendalaminya.Disebabkan blog ini ada entri-entri yang boleh membantu mereka dan memanfaatkan mereka,jadi mereka follow lah blog ini.Alhamdulilah,ilmu yang dikongsikan disini bolehlah dikongsikan dengan para pembaca blog ini.

P/S:Jangan sombong2 ya kalau dah ramai followers tu..Tanpa followers siapalah kita....=)


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.