Saturday, 27 August 2016

Mengapa lubang hidung ada dua?

2 Kaki Komen
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.

Apakah fungsinya sama?

Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri,sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan,sehingga CEPAT sekali marah.Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun,lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat,Anda akan merasa sangat lelah.Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas,Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak,tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam,saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh. 

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Inshaa ALLAH.....

Sumber: Ustaz
Ahmad Nasir

Friday, 26 August 2016

Pemakaian sandal idaman wanita di abad ini.

2 Kaki Komen
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

modern sungguh zaman kini,
                                  pembangunan dibina sungguh pesat,
nak tau awat tajuknya begini,
                       mai baca artikel ceq ni sat...

Assalammualaikum.. harini saya nak berkongi bersama anda semua mengenai SANDAL IDAMAN WANITA.. apabila kita mengatakan mengenai sandal, semua diantara kita telah tahu dan telah mengerti apakah itu sandal kan?... malah ada diantara kanak-kanak mahupun bayi masa kini telah disarungkan dengan sandal ini... ini telah membuktikan bahawa sejak kecil lagi, sandal telah menjadi sebutan dan pilihan ramai rakyat di negara kita dan serata dunia... Namun begitu didalam artikel yang ringkas tapi padat ini, saya akan berkongsi bersama anda semua sejenis sandals yang menjadi pilihan dan mengikut 'trending' para kaum hawa pada masa kini. dalam erti kata lainya,'sandal idaman wanita di abad ini'...Sebelum saya terus membongkar apakah sandal yg bakal menjadi idaman para wanita abad ini, aspek paling penting dalam pemilihan sesuatu perkara ataupun benda bagi wanita ialah keselesaan dan keselamatan pada diri kita sendiri.. izinkan saya memberi satu perbandingan...Antara sandals dengan high heels mana lebih baik? pada pendapat saya sebagai para wanita, saya lebih gemar mencari dan menyarungkan sandals berbanding high heels.  sebabnya high heels ini boley menyakitkan kaki comel kita ni.. dan juga High heels ni bukan calang-calang orang boleh pakai haa kalau tersilap langkah mau terpelecek kaki tu tambah-tambah bagi yang baru ingin mencuba memakai high heels.Better anda memilih sandals kerana mudah pergerakan kita kan?Tambahan pula, jika Anda gemarkan sesuatu yang sememangnya ringkas dan mudah? Anda juga merasakan memakai kasut bertutup mahupun high heels ketika keluar bersiar-siar dan bersantai hujung minggu sebagai menyusahkan dan merumitkan? Sandal adalah pilihan tepat untuk anda. Ia sememangnya mudah , ringkas dan senang apatah lagi ia kini hadir dengan pelbagai corak dan rekaan menarik.Gioseppo yang juga digelar 'selipar tembus angin' sudah tentunya menjadi pilihan ramai para wanita apatah lagi ia ringan dan selesa dipakai terutamanya ketika cuaca panas. 
Jadi,. koleksi sandal apakah yang menjadi idaman para kaum hawa pada masa kini? sandal yg saya maksudkan itu adalah koleksi sandals wanita. Rekaan sandalnya yang terbuka ini membolehkan kaki kita untuk bernafas dan kekal segar terutama sekali apabila cuaca panas. kesemua koleksi sandalnya amatlah versatile dan sesuai untuk digayakan dengan apa jua jenis pakaian yang anda gemari. Anda juga boleh mengenakan pemakaian sandals ini bersama  kombinasi jeans dan t-shirt mahupun maxi dress. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa terdapat juga beberapa situasi yang tidak bersesuaian dengan pemakaian sandals. 

       Apabila anda ingin melancong. Terutama sekali jika anda merupakan seorang hardcore traveller. Biasanya seorang hardcore traveller lebih kerap berjalan kaki berbanding menaiki kenderaan. Rekaan sandals yang bertapak rata ini akan mengurangkan keselesaan kaki anda jika anda berjalan untuk tempoh yang panjang. tetapi koleksi sandal wanita ini telah mempumyai rekaan sandal yg tidak menyakitkan ketika kita berjalan dalam masa yang lama.. hebat kan..
  
     Tambahan pula, Apabila anda ingin berjalan disisir pantai. Jenis koleksi sandal wanita yang lebih selesa dipakai apabila ingin ke kawasan yang berpasir seperti pantai adalah jenis flip flops . Ia lebih mudah dibersihkan dan tidak rosak apabila terkena air.. dan sudah pasti kesemua sandal koleksi wanita ini mampu mengekalkan malah menambah keserian pada pemakai..

Begitu juga apabila anda ingin menghadiri interview. Adalah lebih elok jika anda memakai jenis kasut yang tertutup untuk kelihatan lebih formal seperti pumps heels



    Justeru itu, begitu juga apabila anda ingin melakukan aktiviti lasak. Jangan sesekali melakukan aktiviti outdoor dengan memakai koleksi flats atau flip flops atau anda akan mudah mendapat kecederaan.Lihat betapa pentingnya pemilihan sandals yang betul apabila kita melakukan sesuatu kerana setiap jenis kasut yang kita sarung melambangkan keperibadian seseorang..:)


Sunday, 21 August 2016

GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday

1 Kaki Komen
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Tag : A , B & C

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

0 Kaki Komen
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum
hye semua ^_^ 

*sticky post*

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +

2. Follow instagram *jika ada 
3. Follow twitter *jika ada

4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.

Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]

(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 

Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^

Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016
 
Loving designed by IzyanyanCinnamon